Ditanam Rambut Dan Kuku

Adab dan Akhlak Jumlah paparan: 550

Kata Imam alNawawi: "Digalakkan menanam apa-apa yang diambil (dipotong) dari rambut dan kuku dan apa yang gugur ke dalam bumi. Dinukilkan hal ini daripada Ibn Umar RA. Dan telah sepakat Ashab kami." (alMajmu 1/342)

Kata Imam Ibn Qudamah: "Pernah ditanya kepada Imam Ahmad tentang seorang lelaki yang memotong rambut dan kukunya, dia wajar menanamnya atau membuangnya begitu sahaja?" Jawab Imam Ahmad: "ditanam." Ditanya kepada beliau: "Telah sampai kepada kamu sesuatu tentangnya"? Beliau menjawab: "Ibn Umar menanamnya." (alMughniy 1/63)

Kata Ibn Qudamah: "Digalakkan ditanam kuku yang dipotong dan rambut yang gugur." (alMughniy 1/64)

Cetak
Wallahu a'lam