SDI 0602: Hukum Memberi, Menjawab Salam Dan Bersembang Ketika Makan

Adab dan Akhlak Jumlah paparan: 698

Soalan: 

Assalamualaikum ustaz,adakah dalil yang melarang menjawab dan memberi salam ketika makan?dan apa hukum bercakap ketika makan?

Jawapan:

وعليكم السلام ورحمة الله

Tiada dalil yang sahih melarang memberi dan menjawab salam ketika makan. Demikian juga tiada dalil yang sahih melarang bercakap ketika makan. Bahkan terdapat hadis yang menunjukkan baginda Nabi SAW bercakap ketika makan. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim 2052 daripada Jabir bin Abdillah:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الْأُدُمَ ، فَقَالُوا: مَا عِنْدَنَا إِلَّا خَلٌّ .

Maksudnya: "Bahawa Nabi SAW pernah meminta dari isteri baginda kuah cicahan, lalu mereka berkata: "tiada apa-apa di rumah kita melainkan cicahan cuka." Lalu baginda minta dibawakan cicahan cuka tersebut dan menyicah dengannya seraya berkata: "sebaik-baik kuah cicahan adalah cuka. Sebaik-baik kuah cicahan adalah cuka." 

Kata alImam alNawawi: "Pada hadis ini ada hukum sunat berkata-kata ketika makan bagi merapatkan hubungan sesama orang yang makan." (Syarh Sahih Muslim 7/14)

Cetak
Wallahu a'lam