Haram sengaja melihat aurat jenazah

Orang yang menguruskan jenazah ni, orang kita ni, sebelum mandi jenazah dia ada mandi pakai. Sebelum mandi jenazah tu dia cuci dulu pada badan kalau ada benda kotor, dia cuci dulu. Orang kita sebut mandi pakai, boleh buat dalam rumah sahaja, bukan buat dalam bilik air pun. Dia lap, lap begitu. Tetapi bila dia nak lap tu, dia bukak kain selimut tu, sehingga bogel jenazah tu. Terutamanya jenazah lelaki.

Saya pernah lalui perkara tu. Kita pergi tengak jenazah, ada orang habaq, ustaz ada jenazah, lepas solat Subuh kita p tengak. Kita p tengak jenazah, kita doa untuk dia, doa yang sabit dari Nabi SAW, doa yang nabi baca kepada Abu Salamah:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ في المَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ في عَقِبِهِ في الغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يا رَبَّ العَالَمِينَ، وَافْسَحْ له في قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ له فِيهِ

Tiba-tiba mari pak lebai barangkali, dia mari tiba-tiba dan tarik kain selimut jenazah tu, telanjang bulat jenazah tu. Ya Allah… benda ni, cuba tanya orang yang tarik kain selimut jenazah sehingga telanjang jenazah tu, kalau ketika hang mati nanti orang buat macam tu dekat hang, hang rasa apa?

Tuan-tuan jenazah orang Islam dimuliakan ketika dia hidup mahupun ketika dia mati. Sebab tu kata Nabi SAW:

لا ينظر الرجل إلى عورة الرجل، لا تنظر المرأة إلى عورة المرأة

“jangan seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, demikian juga jangan seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain.”

Kalau ditanya kepada kita, apa hukum tok lebai yang tarik kain jenazah sehingga telanjang jenazah? Maka jawapannya adalah haram. Tok lebai tu buat satu perkara yang haram. Dia telah mengkhianati amanah yang dipikulkan ke atas dia, iaitulah memelihara aurat jenazah. Jenazah tak boleh nak jaga aurat dia sendiri. Siapa yang dipertanggungjawabkan untuk jaga aurat jenazah? Orang hidup yang menguruskan jenazah itu, dia memikul amanah memastikan aurat jenazah tidak tersingkap. Kalau sengaja dibiarkan tersingkap dan dilihat oleh orang lain, dia memikul dosa haram perbuatan dia.


Cetak  
Wallahu a'lam