SDI 0771: Susulan SDI 0769 Mimpi Melihat Allah

Akidah Jumlah paparan: 281
 
Soalan: 
ustaz tentang bolehnya mimpi melihat Allah. Boleh saya tahu siapa yg membantah? supaya perkara ini lebih jelas.
 
Jawapan:
Terdapat beberapa ulama yg membantahnya, al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah, Ahmad bin ‘Abd al-Rahim al-‘Iraqi menukilkan perbezaan pendapat ini di dalam Syarh Jam’ al-Jawami’. Abu Syamah juga menukilkan perbezaan ini di dalam bukunya Dhau' al-Sari Fi Ma'rifah Rukyah al-Bari. Antara ulama yang membantah adalah seperti al-Sabuni dari kalangan ulama mazhab Hanafi dan al-Qadhi Abu Ya’la dari mazhab Hambali. Demikian juga Ibn al-Solah dan beliau bersungguh-sungguh membuat bantahan. Demikian juga Taqiyuddin bin 'Abd al-Qadir al-Tamimi al-Dari al-Ghizzi al-Misri al-Hanafi meninggal pada tahun 1005H dan Abu al-Baqa' al-Kafawi 1094H dan lain-lain.
 
Cetak
Wallahu a'lam