Semua Ulama Mengikut Nabi SAW

Semua ulama, usaha mereka hendak amalkan hadis dan nak amal perintah Nabi SAW. Kerana agama ini mesti apa yang difirmankan oleh Allah dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah. Bukan apa yang dikatakan oleh para ulama. Bila kita sebut agama ini mesti apa yang difirmankan oleh Allah apa yang disabdakan oleh Rasulullah, bukan bermaksud kita pandai-pandai faham al-Quran dan hadis. Bukan itu maksudnya. Orang yang tuduh kita kata begitu. Kita tidak kata begitu. Kita kata, rujukan agama kita mesti al-Quran dan Sunnah, mestilah berpandukan kefahaman ulama, kerana mustahil kita memahami sendiri al-Quran dan Sunnah. Kita mesti melalui panduan ulama. Melalui panduan ulama tidak dicerita, kerana perkara ini sedia dimaklumi, kita hari ini tidak mampu memahami al-Quran dan hadis melainkan perlukan panduan para ulama.

Tetapi orang ramai kena tahu agama mesti datang dari Allah dan rasul bukan dari para ulama. Tiada siapapun yang menolak ulama. Mustahil ada orang yang mengaji, tiba-tiba dia tolak ulama. kalau ada orang mengaji yang tolak ulama, sebenarnya dia tak mengaji, sebaliknya dia berbohong.

Perkataan, kita mesti rujuk al-Quran dan Sunnah, kerana inilah asas agama. Agama tidak akan boleh datangkan agama, sekalipun seorang ulama. Manusia hanya boleh menghuraikan agama yang dia faham dari al-Quran dan Sunnah. Untuk memahami apa yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul mesti rujuk al-Quran dan Sunnah. Siapapun orang itu, sama ada dia Imam Syafi, Imam Ahmad, Imam Abu Hanifah, Imam Malik.. semuanya. Tiada seorangpun di kalangan mereka yang mengatakan agama ikut apa yang mereka katakan. Tiada siapapun di kalangan mereka yang kata begitu.   


Cetak  
Wallahu a'lam