SDI 1258: Imam Berhenti Pada Ayat Yang Tidak Betul Dalam Solat

Soalan:

Ustaz saya dengar ada imam masjid membaca surah al-Nazi’at berhenti pada ayat هل أتاك حديث موسى pada rakaat ke-2 solat maghrib dan terus rukuk. Kemudian dalam solat ‘Isyak dalam rakaat pertama selepas membaca al-Fatihah imam tersebut menyambung ayat إذ ناداه ربه بالواد المقدس طوى … kemudian berhenti pula pada ayat إن في ذلك لعبرة لمن يخشى. Pada rakaat ke-2 dia menyambung ayat dan berhenti pada فأما من طغى kemudian terus rukuk. Betulkah cara imam tersebut? Kalau saya tengah terjemahan, bacaannya seperti tak sempurna. Mohon komen ustaz.

Jawapan:

Solat yang diimamkan oleh imam tersebut sah. Cuma tindakannya berhenti pada ayat هل أتاك حديث موسى pada rakaat ke-2 solat Maghrib, kemudian menyambung bacaan pada rakaat pertama solat ‘Isyak pada ayat إذ ناداه ربه بالواد المقدس طوى, demikian juga tindakannya menghentikan bacaan rakaat ke-2 solat ‘Isyak pada ayat فأما من طغى adalah tindakan yang tidak tepat. Sepatutnya Imam hendaklah menjaga kesempurnaan kisah dan perbicaraan ketika memotong-motong bacaan surah untuk di baca di dalam al-Quran. (kLiK uTk pAnDuAn WaQf IbTiDa' SuRaH NaBa' HgGa LaIl)

Sekarang telah ada Mushaf Maudhu’ie bewarna yang memisah-misahkan kisah dan perbicaraan melalui warna yang berbeza. Tuan-tuan imam boleh dapatkan mushaf tersebut di pasaran agar solat dapat ditunaikan dalam bentuk yang terbaik. Di bawah ini panduan untuk waqf dan ibtida' surah al-Nazi'at: 

Surah al-Nazi’at

Mula Ayat

Sempurna perbicaraan

1

5

6

14

15

26

27

33

34

39

40

41

42

46


Cetak  
Wallahu a'lam