SDI 1171: Dalam alQuran Ada Bahasa Selain Arab?

Soalan:
Dalam al-quran ada bahasa selain arab kah?

Jawapan:

alQuran adalah kitab berbahasa 'Arab. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT di dlm beberapa ayat alQuran spt dalam surah Yusuf: 2, Taha: 113, alZumar: 28, alZukhruf: 2, Fussilat: 2, alSyura: 7 dan lainnya.

Kerana itu kesemua para ulama sepakat (ijma') tiada di dlm alQuran ayat tersusun dr kalimah-kalimah bukan arab yg memberi makna dengan susunan tersebut.

Ulama juga sepakat di dlm alQuran ADA nama khas yg bukan arab seperti Nuh, Luth, Isra-il, Jibril dan lain2. Kata alQurtubi RH di dlm muqaddimah tafsirnya:

Maksudnya: "tiada khilaf di kalangan para imam bahawa tiada di dlm alQuran ayat yg tersusun (dua kalimah ke atas) bukan arab, (mereka juga sepakat) bahawa di dlm alQuran ada nama2 tokoh (nama khas) yg bahasanya bukan bahasa Arab seperti Isra-il, Jibril, 'Imran, Nuh dan Luth." (Lihat Tafsir alQurtubi 1/68)

Selain itu, para ulama berbeza pandangan apakah ada di dlm alQuran lafaz-lafaz bukan 'Arab yg bersendirian (selain nama2 Nabi, Malaikat & tokoh tertentu).

Majoriti ulama berpandangan TIADA lafaz2 bukan arab di dlm alQuran. Antara yg memegang pandangan ini ialah dua orang Imam yg mulia iaitulah alImam alSyafi'ie dan alTabari. Selain mereka ialah Abu 'Ubaidah, Ibn Faris dan kebanyakan ulama bahasa arab. Pandangan ini disokong juga oleh Badr alDin alZarkasyi di dlm kitabnya alBurhan fi 'Ulum alQuran. Antara dalil pandangan ini ialah ayat2 alQuran yg sebutkan di atas yg menyatakan alQuran adalah wahyu dalam bahasa arab.

Pandangan kedua mengatakan di dlm alQuran ada lafaz2 bukan arab. Antara yg menyebut pandangan ini ialah seorg imam ulama tafsir iaitulah alImam Ibn 'Athiyyah RH. Pandangan beliau ini dipersetujui oleh sebahagian fuqaha dan disokong oleh alImam alSuyuthi di dlm kitabnya alItqan fi 'Ulum alQuran. Ulama golongan kedua ini membuktikan sememangnya ada lafaz2 bukan arab di dlm alQuran seperti "Istabraq استبرق" dan "Sundus سندس". Mereka juga berkata bahawa Nabi SAW diutuskan kpd manusia seluruhnya. Maka tiada halangan adanya banyak bahasa di dlm alQuran, inilah yg lebih memenuhi maksud alI'jaz.

Namun pandangan ini ditolak oleh ulama dr golongan pertama dgn alasan ada beberapa lafaz yg memang digunakan oleh org arab, tetapi lafaz itu tersembunyi (tidak masyhur) sehingga tidak diketahui oleh sebahagian ulama tafsir, lalu mereka beranggapan lafaz itu bukan arab. Ini kerana bahasa arab adalah bahasa yg paling luas penggunaan lafaznya. Demikian juga tidak mustahil lafaz2 yg disangkakan bukan arab itu sebenarnya termasuk dlm lafaz yg berkongsi penggunaannya oleh org Arab dan bukan arab. Kewujudan lafaz spt ini diterima sedari dahulu mahupun sekarang.

Pandangan ketiga dr kalangan para penyelidik ada yg menggabungkan kedua2 pandangan ini dengan mengatakan: keberadaan beberapa lafaz bukan arab di dlm alQuran tidak menjadikan alQuran terkeluar dr sifatnya berbahasa arab, kerana keberadaan lafaz2 bukan arab itu sedikit shj. Maka sudah tentu yg diambil kira adalah apa yg terbanyak.


Cetak  
Wallahu a'lam