Maksud ayat 55 Surah alRum

Al-Quran dan Ulumnya Jumlah paparan: 742

Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

Soalan berkaitan dengan maksud ayat 55 dari surah al-Rom, iaitulah Allah SWT berfirman:

وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ ۚ كَذَٰلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ

Yang bermaksud: Dan pada hari terjadinya kiamah bersumpahlah orang-orang yang berdusta, iaitulah orang-orang yang kafir yang tidak beriman kepada Allah SWT. Itu yang dimaksudkan kepada al-Mujrimun (orang-orang yang berdosa di dalam ayat ini). Bukan hanya sekadar orang-orang yang berdosa tetapi orang yang berdosa dan melupakan hari kiamat yakni tidak beriman kepada hari kiamat. Mereka tidak berdiam, yakni mereka tidak tinggal di dalam kubur... "di dalam kubur" itu adalah sebahagian penafsiran. Kalau kita tengak antara yang sebut “di dalam kubur” ada dalam tafsir al-Jalalain, demikian juga beberapa tafsir lain juga ada sebut sedemikian. “Maka mereka tidak berdiam” terjemahan kepada ما لبثوا tidak berdiam di mana? iaitulah orang-orang kafir pada hari kiamat kelak mereka akan berkata: “mereka tidak tinggal di dalam kubur itu melainkan sesaat sahaja.” ini sebahagian penafsiran.

Sebahagian penafsiran lain mengatakan orang-orang kafir apabila berlaku hari kiamat, mereka akan berkata: مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ bermaksud “mereka tidak tinggal" di dalam ayat ini merujuk tidak tinggal "di dunia", "melankan seketika sahaja.”

Apa tujuan mereka menyebut sedemikian? Iaitulah mereka seolah-olah hendak meminta keuzuran daripada Allah SWT, supaya memberi kemaafan dan keuzuran kepada mereka yang tidak sempat nak berbuat apa-apa, sehingga mereka tidak sempat nak kenal tuhan yang sebenarnya, dalam keadaan mereka itu berdusta. Ini maksud ayat ini.

Kemudian, kerana itu ayat yang berikutnya Allah SWT berfirman:

كَذَٰلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ

"Seperti demikian itulah mereka selalu dipalingkan dari kebenaran", yakni mereka ketika berada di duniapun mereka dipalingkan dari kebenaran, ketika berada di akhiratpun mereka dipalingkan dari kebenaran. Kemudian cuba tengak ayat yang berikutnya, Allah SWT berfirman:

وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَالْإِيمَانَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِلَىٰ يَوْمِ الْبَعْثِ

"Dan berkata orang-orang yang telah dikurniakan ilmu dan iman," yakni orang-orang yang beriman akan menjawab perkataan orang-orang kafir di hari kiamat yang kononnya mereka tidak tinggal di dunia  melainkan seketika sahaja sehingga mereka tidak sempat nak kenal tuhan yang sebenarnya, sehingga mereka tak tahu tuhan yang sebenarnya, sehingga mereka tak tahu adanya hari kebangkitan. Itu tujuan mereka berkata مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ "tidak kami tinggal di dunia itu melainkan seketika sahaja", kerana mereka seperti hendak meminta keuzuran dari Allah SWT. Bahkan orang-orang yang beriman di hari akhirat kelak akan menjawab kepada mereka لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِلَىٰ يَوْمِ الْبَعْثِ "sesungguhnya kamu semua telah tinggal di dunia itu menurut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah dari mula kamu dilahirkan sehinggalah hari kiamat", yakni kamu telah diberi peluang yang cukup lama untuk mengenal Allah SWT. Tetapi orang-orang kafir menggunakan peluang kehidupan mereka di dunia untuk kekal di dalam kekafiran dan membantah wahyu dan dakwah yang diseru oleh para pendakwah. Itulah yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak beriman apabila mereka sampai di akhirat kelak, iaitulah kerja mereka untuk memberi alasan kenapa mereka kekal di dalam kekufuran.

Cetak
Wallahu a'lam