al-Baqarah 1 - 5

Al-Quran dan Ulumnya Jumlah paparan: 906

Firman ALlah SWT:

الم (1) ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)
Maksudnya
(1) Alif laam miim. (2) Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (3) (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. (4) dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. (5) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.
 
Makna Kalimat
 
- Raib رَيْب atau الرَّيب adalah al-Syak atau keraguan, memaksudkan kepada keraguan yang disertai kebimbangan dan ketakutan, dalam masa yang sama mempertikai perkara yang diragui tersebut atau meragui sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain. Kalimah al-Raib الرَّيب adalah kata terbitan dari ungkapan 'Arab: رَابَنِي الشَيْءُ "perkara itu menjadikan aku ragui." iaitulah apabila terhasil keraguan yang merujuk kepada kegelisahan jiwa dan tidak tetap.
 
لِلْمُتَّقِينَ ialah mereka yang bertaqwa iaitulah mereka yang membenteng diri dari perkata yang dicela  sama ada melakukan sesuatu atau meninggalkannya. Taqwa ialah menjadikan diri berada dalam benteng dari perkara-perkara yang dibimbangi. Asal al-Ittiqaa' الاتِّقاء adalah al-Hajz الحَجْز iaitulah menghalang. Oleh itu orang yang bertaqwa ada seperti orang yang meletakkan penghalang yang membenteng antara dia dengan azab ALlah.
 
يُوقِنُونَ bermaksud "mereka yang yakin", iaitulah mereka yang mengetahui dengan ilmu yang kukuh di dalam diri mereka, tidak memungkinkan lagi dimasuki keraguan. Asal makna yakin ialah زوال الشَّكِّ iaitulah hilang atau gugurnya keraguan.
 
الْمُفْلِحُونَ bermaksud "mereka yang berjaya", iaitulah mereka yang berjaya memperolehi apa yang mereka kehendaki dan berjaya mendapat nikmat tinggal kekal di dalam syurga. Asal al-Falah الفَلَاح ialah berjaya mendapatkan matlamat dan kekal dalam kejayaan.
 
I'rab Beberapa Kalimah
 
- Firman ALlah: الم adalah huruf yang tidak memiliki kedudukan di dalam i'rab.
Firman ALlah: هُدًى boleh berada pada kedudukan hal atau keadaan dari ذا atau الكتاب atau keadaan bagi huruf الهاء pada ungkapan فِيه. Boleh juga هُدًى ini adalah berhukum marfu' dengan tanda dhammah yang muqaddarah bagi menjadikan ia berada pada kedudukan mubtada' atau subjek. Khabar atau prediketnya adalah syibhu jumlah فيه. Atau boleh juga dikatakan هُدًى di sini berhukum marfu' dengan menjadikan ia khabar atau prediket kepada mubtada' atau subjek yang ditiadakan iaitulah: هو هدى. Atau boleh juga menjadikan هُدًى sebagai khabar kedua kepada ismul isyarah ذلك, yang tanda i'rabnya bagi semuanya adalah muqaddarah.    
 
Makna Umam Ayat 1- 5
 
Pembukaan surah al-Baqarah yang agung ini dengan huruf-huruf terpotong الم dari memiliki makna yang diketahui adalah bertujuan membuktikan mukjiza tal-Quran, di mana ia membuktikan kelemahan manusia dari menyaingi dengan mendatangkan sesuatu yang seumpama al-Quran. Sedangkan ayat-ayat al-Quran itu tersusun dari huruf-huruf hijaiyyah yang Arab menggunakannya dalam perbualan harian mereka. 
 
Tidak diragukan lagi bahawa al-Quran diturunkan dari sisi ALlah. Tiada sama sekali di dalamnya sesuatu yang layak diragui. Ia berupa petunjuk agar selamat dari kesesatan bagi orang yang bertaqwa. 
 
Ayat هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ yang bermaksud "berupa petunjuk bagi mereka yang bertaqwa" iaitulah petunjuk agar selamat dan bebas dari kesesatan. Ia juag berupa cahaya dan penjelasan bagi mereka yang mahu mempersiapkan benteng diri dari kemurkaan Allah dan hukuman juga balasan dari-Nya, dengan mematuhi perintah dan menjauhi larangan-Nya. 
 
Beriman kepada perkara yang ghaib adalah termasuk dari sifat mereka yang bertaqwa. Perkara ghaib yang dimaksudkan adalah setiap yang terselindung dari seseorang. Termasuk perkara ghaib yang wajib diimani ialah beriman kepada ALlah, para malaikat, kitab-kitab, para rasul dan hari kiamat. Mereka mempercayai dan meyakini perkara-perkara yang ghaib, orang yang mendirikan solat dalam bentuk yang paling sempurna, menafkahkan rezeki-rezeki yang baik kurniaan ALlah kepada mereka, mempercayai ajaran al-Quran dan mengakui keberadaan semua kitab yang ALlah telah turunkan sebelum al-Quran, meyakini akan berlaku hari kebangkitan semula dari kubur dan perhimpunan di mahsyar, memyakini adalah balasan pahala dan dosa, hisab dan mizan atau timbangan dan selainnya terdiri dari perkara yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada makhluk-Nya di hari kiamat kelak. 
 
Setelah itu, Allah SWT mengkhabarkan tentang mereka yang bertaqwa dan meyakini akan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, mereka berada dalam cahaya dari tuhan mereka yang maha suci. Merekalah orang yang akan memeperolehi kejayaan atau al-Falah, merekalah orang yang berjaya dan beruntung.    
Cetak
Wallahu a'lam