Hikmah dari kelebihan puasa Arafah berbanding Asyura

Dakwah Jumlah paparan: 426
Hikmah dari kelebihan puasa Arafah berbanding Asyura. Puasa arafah menghapuskan dosa selama 2 tahun, manakala puasa asyura menghapuskan dosa setahun. Ini kerana arafah adalah hari nabi saw, dalam ertikata lain ia dikhususkan untuk umat nabi saw. Sedangkan asyura adalah hari nabi Musa as. Maka nabi Muhammad saw adalah lebih afdhal berbanding para nabi yang lain. Maka jadilah hari puasa yang dikhususkan untuk baginda dapat menghapuskan dosa selama 2 tahun. (Nukilan secara makna dari Mughniy alMuhtaj 2/183)
Cetak
Wallahu a'lam