SDI 1035: Jiran Jemput Kenduri Tahlil

Soalan:

Assalamualaikum ustaz..nak tanye,jiran saya ade jemput kenduri,tapi saya xtau kenduri ape..misal kata saya pergi kenduri tu,tp kenduri tu kenduri tahlil,mcmna ustaz?

Jawapan:

Tak mengapa.

Jiran jemput kenduri, kena hadir atas persaudaraan Islam. Sekalipun ia kenduri tahlil asalkan ia bebas dr perkara2 yg haram spt memakan harta anak yatim atau seumpamanya. Isu tahlil kena tangani dgn lebih hikmah nasihat-menasihati bukan pulau memulau.

Soalan:

ustaz maksudnya kita hadir ke kenduri tapi tak turut serta dalam majlis bacaan tahlil tu.

Jawapan:

Terpulang pada anda nak baca atau tidak. Bacaan tahlil itu sunat hukumnya.

Soalan:

Kalau dah 'ter'datang tu ustaz, boleh tak niat datang makan saja dan doakan yang baik untuk orang yang memberi makan?

Jawapan:

Mereka yg buat kenduri tahlil adalah saudara kita yg seislam.  Memenuhi jemputan termasuk sunnah Nabi SAW. Anda sanggup mendoakan kebaikan utk mereka pula, itu tanda ada kemurnian iman di dlm dada anda.

Soalan:

Tidakkah kita akan dianggap mengikuti sesuatu amalan yang bukan sunnah iaitu mereka yang mengadakan pada tiap² tahun untuk mengingati hari kematian..
Maksud saya Ustaz, meraikan amalan bidaah..

Jawapan:

Itu anggapan. Namun satu perkara yg penting juga utk dipertimbangkan, iaitulah agama bukan shj memerangi bidaah. Agama juga cegah perpecahan. Agama anjur persaudaraan. Majoriti yg buat kenduri tahlil tak tahu ttg bidaah.

Dgn tak hadirnya anda ke kenduri tahlil, tak mengubah apa-apa pada ghalibnya melainkan perpecahan shj. Sbb tu saya sebut nesihat menasihati.


Cetak  
Wallahu a'lam