Teringat Lupa Sapu Kepala Ketika Basuh Kaki Dalam Wudhu

Soalan:

Assalaualaikum Ustaz. Soalan saya berkenaan wudhu.

Semasa mengambil wudhu, ketika basuh kaki kita baru teringat kita lupa sapu kepala tadi. Perlukah ambil wudhu semula daripada awal?

Jawapan:

Tak perlu ambil wudhu daripada awal, bahkan memadai kita menyapu sekali lagi kepala kita, kemudian menyapu telinga yang sunat, kemudian membasuh kedua buku lali sehingga ke buku lali, kemudian wudhu itu dianggap sah, kerana di sisi mazhab Syafie, tertiban dalam melaksanakan wudhu itu termasuk dalam rukun wudhu, manakala menyapu kepala itu adalah salah satu daripada rukun wudhu. Jadi perbuatan membasuh kaki sebelum menyapu kepala telah menyalahi tertiban wudhu yang sebenarnya, maka basuhan kaki yang dilakukan sebelum menyapu kepala itu dikira tidak ada atau tidak sah, maka diulangi pada sapuan kepala sahaja tidak perlu diulang dari awal.  


Cetak  
Wallahu a'lam