Syarat-Syarat Sembelihan

Syarat-Syarat Sembelihan:

  • Penyembelih hendaklah seorang yang sudah baligh atau Mumayyiz, Muslim atau Ahli Kitab (Yahudi atau Kristian). [1] Tidak boleh dimakan sembelihan penyembah berhala, orang-orang yang tidak beragama, Aties, Majusi, orang yang murtad dan semua orang-orang kafir yang bukan dari Ahli Kitab.

Halal sembelihan Ahli Kitab ini adalah berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijmak. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Dan makanan orang-orang yang diberikan al-Kitab itu adalah halal untuk kamu semua (umat Islam).” (al-Maidah: 5)

Ibn ‘Abbas RA berkata: :

Kalimah الطعام di dalam yang ada di dalam ayat pada asalnya membawa maksud apa-apa yang dimakan. Justeru sembelihan adalah termasuk di dalam maksud الطعام. [2]  Selain itu para ulama Salaf juga tidak ada yang berbeza pendapat, yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah sembelihan. Kata al-Bukhari: “Ibn ‘Abbas berkata: طعامهم ذبائحهم : (yang dimaksudkan dengan) Makanan mereka adalah sembelihan mereka.” [3]

  • Sembelihan menggunakan alatan tajam yang boleh memotong dan membelah dengan ketajamannya[4]. Alatan itu sama ada dari besi atau selainnya yang boleh menumpahkan darah, kecuali gigi dan kuku.

Syarat kedua ini  berdasarkan keumuman sabda Nabi SAW:

مَا أَنْهَرَ الدَّمَ وَذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ فَكُلُوهُ لَيْسَ السِّنَّ وَالظُّفُرَ وَسَأُحَدِّثُكُمْ عَنْ ذَلِكَ أَمَّا السِّنُّ فَعَظْمٌ وَأَمَّا الظُّفُرُ فَمُدَى الْحَبَشَةِ

Maksudnya: “Apa-apa yang menumpahkan darah dengan banyak dan disebut nama Allah ke atasnya, maka makanlah, selagi bukan dengan gigi dan kuku.”

  • Tidak halal al-Munkhaniqah (المنخنقة)[5] dengan sendirinya atau dengan sebab lain.
  • Tidak halal juga al-Mauquzah (الموقوذة) iaitulah haiwan yang mati disebabkan pukulan kuat lagi berat (dengan batu dan seumpamanya).
  • Tidak halal juga al-Mutaraddian (المتردية) iaitulah haiwan yang mati kerana jatuh dari tempat tinggi atau terjatuh ke dalam lubang.
  • Tidak halal juga al-Natihah (النطيحة) iaitulah haiwah yang mati ditanduk (haiwan lain).
  • Tidak halal juga binatang yang ditangkap haiwan liar terdiri dari singa atau burung pemangsa yang tidak dilatih (oleh manusia) yang dilepaskan bagi tujuan berburu.

*** Namun jika didapati semua 5 kategori haiwan di atas masih hidup dan bernyawa kukuh (حياة مستقرة), boleh disembelih dan harus memakannya.

  • Kawasan sembelihan dilakukan di bahagian kerongkong (الحلق) dan bawah tengkuk (اللبة) dan tidak boleh di tempat yang lain. Hal ini adalah ijma’ ulama[6]. Dikususkan sembelihan dilakukan di kawasan ini kerana kedua-duanya merupakan kawasan himpunan urat. Apabila dipotong ia dengan segera menumpahkan darah dengan banyak dan segera mati.
  • Penyembelih hendaklah menyebut nama Allah (baca Bismillah) ketika menyembelih.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatNya. mengapa kamu tidak mau memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, Padahal Sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. dan Sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas. dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat), disebabkan apa yang mereka telah kerjakan. dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan. Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantah kamu; dan jika kamu menuruti mereka, Sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang yang musyrik." (al-An’am: 118-121)

Dalam ayat ini Allah SWT mengarahkan para hambaNya memakan sembelihan yang disebut namaNya. Kefahaman dari ayat ini yang boleh diambil ialah apa-apa sembelihan yang tidak disebut nama Allah SWT maka tidak boleh memakannya.

Tidak memadai dengan memainkan alat rakaman bacaan bismillah, melainkan bagi sesiapa tidak membaca kerana terlupa. Maka sembelihannya halal. [7]

KETIGA:

Terdapat adab sembelihan yang digesa oleh syariat seperti berlembut dan berkasih sayang dengan haiwan sama ada sebelum penyembelihan dilakukan, ketika sembelihan dan selepas sembelihan. Termasuklah jangan mengasah alat sembelih di hadapan haiwan yang hendak disembelih, jangan menyembelih haiwan di hadapan haiwan lain, jangan menyembelih dengan alat yang tumpul, jangan mengazab/menyiksa haiwan, jangan memotong mana-mana bahagian tubuh badan haiwan (sebelum ia disembelih), jangan melapah kulit haiwan (ketika ia hidup), jangan merejamkan haiwan ke dalam air panas (ketika ia hidup) dan jangan mencabut bulunya sehingga telah dipastikan nyawanya telah tiada.

 

KEEMPAT:

Mesti dipastikan haiwan yang hendak disembelih bebas dari sebarang penyakit berjangkit dan dari apa-apa yang boleh mengubah dagingnya sehingga dapat mendatangkan mudharat dengan memakannya. Tuntutan kesihatan ini lebih ditekankan kepada apa-apa yang dijual dipasaran atau yang diimport.

KELIMA:

  • Asal di dalam syariat Islam, sembelihan hendaklah dilakukan tanpa memeningkan/melemahkan haiwan. Ini kerana kaedah sembelihan yang dianjurkan Islam mempunyai syarat-syarat dan adab-adabnya yang merupakan contoh yang terbaik, membawa rahmat kepada haiwan, berbuat baik kepada sembelihan dan mengurangkan penderitaan. Justeru dituntut dari pusat-pusat sembelihan mengubah kaedah-kaedah penyembelihan haiwan-haiwan bersais besar agar perkara asal ini terlaksana dalam bentuk yang paling sempurna.
  • Dengan mengambil kira apa yang dijelaskan pada butiran (1) di atas. Haiwan-haiwan yang disembelih setelah dipening atau dimakbukkan tetap menjadi sembelihan yang halal dimakan apabila memenuhi syarat-syarat teknikal yang dapat memberi kepastian haiwan sembelihan tidak mati sebelum sembelihan dilakukan. Para pakar semasa telah meletakkan beberapa penetapan seperti berikut:
  1. Penggunaan 2 alat arus aliran elektrik (elektrod)diletakkan ke atas 2 bahagian kepala sebelah tepi[8] atau pada bahagian belakang kepala.
  1. Arus voltage sekitar antara 100 – 400Volt.
  • Arus AC diantara 0.75 – 1.0Amps bagi biri-biri dan antara 2 - 2.5Amps bagi lembu.
  1. Kejutan elektrik dikenakan kepada haiwan diantara 3 – 6 saat.
  • Tidak dibenarkan memeningkan/melemahkan haiwan yang hendak disembelih dengan menggunakan pistol berjarum yang menusuk atau kapak atau penukul seperti orang-orang inggeris.
  • Tidak boleh memeningkan/melemahkan ayam dengan kejutan elektrik, kerana berdasarkan pengalaman membuktikan perbuatan sedemikian boleh menyebabkan kematian sebilangan besar ayam tersebut sebelum penyembelihan.
  • Tidak haram apa-apa yang disembelih dari kalangan haiwan setelah melemahkannya dengan menggunakan sesuatu campuran kedua karbon dioksida dan udara atau oksigen atau dengan menggunakan pistol berkepala sfera dalam bentuk tidak mematikan haiwan sebelum penyembelihan.

KEENAM:

Umat Islam yang bermukim di Negara bukan Negara umat Islam hendaklah berusaha berlandaskan peraturan-peraturan negaran untuk mendapatkan keizinan melakukan penyembelihan sendiri berpandukan kaedah sembelihan yang disyariatkan tanpa terlebih dahulu melemahkan haiwan.

KETUJUH:

Harus bagi umat Islam yang menziarahi Negara bukan islam atau yang bermukim di situ memakan sembelihan Ahli Kitab apa-apa yang diharuskan oleh di sisi Syara’, setelah pasti sembelihan itu bebas dari sebarang percampuran perkara yang haram. Melainkan setelah dapat dipastikan sembelihan itu tidak berdasarkan sembelihan yang dibenarkan syara’.

KELAPAN:

Pada asalnya penyembelihan ayam dan selainnya dilaksanakan  dengan tangan penyembelih. (namun) Tidak mengapa menggunakan peralatan-peralatan makenik dalam penyembelihan ayam selama mana syarat-syarat penyembelihan syar’iyyah seperti pada perenggan kedua dipenuhi. Boleh membaca bismillah ke atas setiap kumpulan yang bersambung sembelihannya. Jika terhenti, maka diulangi bacaan bismillah tersebut.

KESEMBILAN:

  • Jika daging-daging yang diimport dari Negara yang kebanyakan penduduknya adalah dari kalangan Ahli Kitab dan haiwan-haiwannya disembelih di pusat-pusat sembelihan moden dengan meraikan syarat-syarat sembelihan syar’iyyah yang telah dijelaskan pada perenggan kedua, maka daging-daging sembelihan itu halal berdasarkan firman Allah SWT:

وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ

Maksudnya: “Dan makanan orang-orang yang diberikan al-Kitab adalah halal untuk kamu semua (umat Islam).” (al-Maidah: 5)

  • Daging-daging yang diimport dari Negara yang kebanyakan penduduknya bukan Ahli Kitab adalah haram, berdasarkan Ghalabah al-Zhon sembelihannya dilakukan oleh mereka yang tidak dihalalkan sembelihannya.
  • Daging-daging yang diimport dari Negara seperti pada butiran (2) dalam perenggan ini (perenggan kesembilan ini), jika sembelihannya dilakukan berdasarkan penyembelihan syar’iyyah di bawah seliaan badan islamiah yang boleh dipercayai, sembelihan dilakukan oleh seorang muslim atau Ahli Kitab maka sembelihan itu adalah halal. Wallahu a’lam

-------------------------- 

[1] Syarat pertama ini dikenali juga sebagai Ahliyyah al-Zabih (Keahlian Penyembelih). Ibn Qudamah berkata: “Dari semua ini (menunjukkan) bahawa setiap orang yang boleh menyembelih dari kalangan muslimin dan Ahli Kitab, apabila seseorang mereka menyembelih maka halal memakan sembelihannya, sama ada yang menyembelih itu lelaki ataupun perempuan, seorang baligh atau kanak-kanak (yang mumayyiz), seorang yang merdeka ataupun seorang hamba. Tidak kami ketahui adanya perbezaan pendapat dalam perkara ini.” Ibn Qudamah di dalam al-Mughniy 11/55 

[2] Lihat Tafsir al-Qurtubi 6/76.

[3] Ahkam Ahl al-Zimmah oleh Ibn al-Qayyim 1/502. Athar Ibn ‘Abbas ini diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya (5/2097) secara Ta’liq. Namun al-Baihaqi mengeluarkannya secara bersambung (موصولا) di dalam al-Sunan al-Kubra (9/282) – Kitab al-Dhohaya – Bab Ma Ja’a Fi To’am Ahl al-Kitab, bil: 19626. Al-Albani berkata: Sahih, lihat al-Irwa’ 2528.

[4] Tidak boleh jika ia membelah dan memotong disebabkan berat  alat. Lihat Ahkam al-Tazkiah al-Mu’asarah.

[5] Haiwan yang mati tercekik.

[6] Lihat Bada’I’ al-Sona’I’ oleh al-Kasaniy 5/41, al-Majmu’ oleh al-Nawawi 9/99.

[7]Membaca Bismillah adalah Wajib ketika ingat dan dimaafkan jika terlupa. Maka diharuskan memakan sembelihan yang tidak disebut nama Allah kerana terlupa bukan sengaja.  Inilah pandangan yang rajih di sisi Dr. Musfir bin ‘Ali al-Qahtani. Inilah juga pandangan Jumhur Ulama dari mazhab Hanafi, Maliki dan yang Masyhur di sisi ulama Hambali. Wajib membaca bismillah bagi yang ingat berdaarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: “dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (al-An’am: 121)

Jika tidak membaca bismillah kerana terlupa, maka tidak mengapa berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai tuhan kami, jangan Engkau hukum kami jika kami terlupa atau tersilap.” (al-Baqarah: 286) Demikian juga berdasarkan sabda Nabi SAW:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah memaafkan ummatku kerana tersilap, terlupa dan apa-apa yang dipaksa melakukannya.” (HR Ibn Majah di dalam Sunannya 1/659. Kitab al-Tolaq – Bab Tolaq al-Mukrah wa al-Nasiy, bil: 2035. Al-Albani berkata: “(Hadis ini) Sahih.” Di dalam al-Irwa’ 2566.

[8] Antara telinga dan mata


Cetak  
Wallahu a'lam