Wujud perbezaan pandangan ulama apakah sunat Isyraq adalah Dhuha atau bukan

 

Solat sunat Isyraq, ulama berbeza pandangan, sebahagian mereka mengatakan solat isyraq itu adala solat Dhuha yang ditunaikan di awal waktu, kerana dia duduk di dalam waktu Dhuha. Sebahagian ulama antaranya al-Imam al-Ghazali mengatakan tak, solat Isyraq bukan solat Dhuha. Kedua-duanya berbeza. Antara yang menyebut perkara ini adalah al-Imam al-Ghazali RH. Ulama yang kata begini, mereka berhujah dengan hadis yang mengatakan Nabi SAW pernah menunaikan solat Isyraq sebanyak dua rakaat. Setelah itu baginda berhenti dari menunaikan solat sehinggalah bahang panas matahari terasa, nabi tunaikan pula solat Dhuha sebanyak empat rakaat. Jadi apabila berlaku pemisahan antara dua rakaat solat yang di awal (Isyraq) dengan empat rakaat (Dhuha) itu, maka sebahagian ulama berpandangan dua solat itu adalah dua solat yang berlainan.

Wallahu a’lam, mungkin juga ulama yang mengatakan solat Isyraq itu bukan solat Dhuha kerana melihat setiap solat ada kelebihan yang tersendiri. Di mana solat Isyraq dapat kelebihan seperti menunaikan haji dan umrah secara sempurna. Biasanya, apabila sesuatu amalan ada kelebihan tersendiri, ia menunjukkan amalan itu mustaqillah atau berdiri sendiri.

Dhuha juga memiliki kelebihan yang tersendiri. Iaitulah siapa yang menunaikan dua rakaat Dhuha, dia seperti telah bersyukur dengan anugerah 360 sendi yang kita miliki. Jadi dengan dua rakaat Dhuha kita telah bersyukur kepada Allah dengan anugerah sendi-sendi ini.

Jadi dua fadhilat yang berbeza. Saya setakat ini belum jumpa lagi ada ulama yang sebut perkara sebegini. Perlukan semakan lebih luas. Tetapi tak mustahil yang kata beza antara Isyraq dan Dhuha, kerana melihat setiap solat memiliki kelebihan yang tersendiri.

Apapun yang penting, buat ibadat. Kalau ada orang kata saya buat Isyraq di awal waktu, maka ia bagus dan ada kelebihan. Jika dia tanya solat tu ustaz, apakah solat Isyraq atau Dhuha. Jawabnya, mana-mana pun boleh. Nak kata Dhuha di awal waktu? Maka Dhuha lah ia. Kalau ada orang kata, kami anggap ia Isyraq, maka tak apa juga. Isyraqlah ia. Yang penting buat solat sunat dua rakaat sekurang-kurangnya untuk dapat kelebihan seperti menunaikan haji dan umrah secara sempurna. Yang mana sunnah itu telah ditinggalkan oleh masyarakat kita.

Jadi siapa yang nak usaha dapatkan kelebihan ini, dia kena tunggu selepas solat Subuh, dia tunggu. Tengak waktu syuruq pukul berada di takwim. Sekarang ini waktu syuruk pukul 7:37 pagi. Berdasarkan perkataan di dalam Hasyiah al-Jamal, 16 minit selepas waktu syuruk, dah boleh mula menunaikan solat Isyraq, kelebihannya seperti melaksanakan haji dan umrah yang sempurna. Besar kelebihannya.   


Cetak  
Wallahu a'lam