SDI 1180: Mengapa Ibn Taimiyyah Samakan Ta'liq Talaq Dgn Sumpah?

Ibn Taimiyyah samakan talak taklik dgn sumpah. Sesiapa yg talak takliqkan isteri, klu bukan niat talak tak jadi talak, klu si isteri lakukan taklik tersebut, sisuami kena bayat sumpah. Betulkan saya jika tersilap.

Jawapan:

Ya, itulah pandangan Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah RH. Sumpah yg disebut sebagai alHalf, alQasam juga alYamin dlm bahasa 'Arab membawa maksud "menegaskan sesuatu". Mazhab Syafi'ie mensyaratkan sumpah mesti dgn nama atau sifat Allah. Jika tidak sumpah itu tidak terlaksana.

Namun dlm isu ta'liq talaq, ada perbezaan dgn sumpah biasa, dimana sisuami meletakkan syarat dlm nak jatuhkan talaq. Justeru seorg suami yg melafazkan Ta'liq Talaq, bermakna dia menegaskan bahawa dia akan menceraikan siisterinya jika perkara yg disyaratkannya itu dilakukan oleh siisteri. Ia termasuk dlm bab sumpah bersyarat yg menyamai nazar. Persamaan antara keduanya adalah suatu yg amat jelas. Kerana itu Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah RH menyamakan ta'liq Talaq dgn sumpah yg jika dilanggar perlu kepada kafarrah sumpah.

Namun pandangan Ibn Taimiyyah tentang ta'liq Talaq ini berbeza dgn pandangan majoriti ulama.

WA

 
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam