SDI 1058: Isteri Tanya: Abg Nak Ceraikan Saya? Saya Jawab: Ya

Ustaz, saya dgn isteri bertengkar. Tiba2 isteri tanya: abg nak ceraikan saya? Saya jawab spontan: ya. Jatuh talak ke ustaz?

Jawapan:

Berdasarkan kefahaman saya, ungkapan orang Melayu: "saya nak buat sekian-sekian." Biasanya merujuk kepada sesuatu yang hendak dilakukannya akan datang. Mungkin sahaja dia akan buat atau mungkin juga tidak. Ungkapan "nak" dalam bahasa Melayu kebiasaannya mengandungi maksud hendak memerhatikan terlebih dahulu perkara tersebut atau akan buat perkara tersebut sama ada dalam waktu terdekat atau jauh.

Oleh itu, pengakuan "ya" saudara ketika isteri bertanya itu TIDAK JELAS sebagai melafazkan talak. Sebaliknya pada saya ia lebih kepada lafaz talak akan datang. Maka lafaz talak yang dikaitkan dengan masa akan datang TIDAK JATUH talak.

Soalan: 

Setuju. Tapi lafaz kinayah begini eloklah dibawa ke mahkamah rendah syariah utk ditentukan jika masih ragu2.

Jawapan: 

jika berlaku perbalahan atau sangsi, kemudian kes diangkat ke mahkamah, maka keputusan hakim di mahkamah adalah pemutus.


Cetak  
Wallahu a'lam