SDI 0760: Boleh Niat Satu Umrah Utk Ibu-Bapa Sekaligus?

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 2402
 
Soalan:
 
Salam ustaz. Jika seseorang selesai buat umrah,kemudian dia nak buat umrah untuk ibu dan ayahnya,adakah dia boleh niat sekali untuk keduanya atau perlu buat secara berasingan,umrah untuk ibunya dahulu selepas itu baru ayahnya?
 
Jawapan:
 
Buat secara berasingan. Niat ibadah Nusuk sama ada Haji atau Umrah hanya untuk seorang sahaja. Tidak boleh satu niat haji dibuat untuk dua orang. Demikian juga tidak boleh satu niat umrah untuk dua orang sekaligus. Afdhal mendahulukan umrah untuk ibu disebabkan kelebihan hak seorang ibu berbanding bapa. Namun jika ibu pernah melaksanakan umrah, manakala bapa belum pernah. Maka ketika itu dahulukan umrah untuk bapa.
Cetak
Wallahu a'lam