Huraian Fiqh Sunnah: Air Kencing Dan Najis Haiwan Yang Dimakan Dagingnya

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 1726

AIR KENCING DAN NAJIS HAIWAN YANG DIMAKAN DAGINGNYA

Oleh: Ustaz Mohamad Abdul Kadir binSahak

 

Mazhab Malik, Ahmad dan sekumpulan ulama mazhab al-Syafie berpandangan air kencing dan najis haiwan yang dimakan dagingnya adalah suci. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata:

“Tiada seorangpun dari kalangan sahabat yang berpandangan akan kenajisannya, bahkan pandangan yang mengatakan ia najis adalah satu pandangan yang baharu tiada seorang yang sahabat yang menyatakannya.”

Kata Anas bin Malik:

“Sekumpulan manusia dari kabilah ‘Ukl atau ‘Urainah, mereka tiada sesuai dengan cuaca di Madinah lalu mengalami sakit (Mirqah al-Mafatih syarh Misykah al-Masobih), lalu Nabi SAW mengarahkan mereka mendapatkan unta Liqah (unta yg memiliki susu) dan meminum air kencing dan susunya.” (Hadis riwayat Ahmad dan al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan kesucian air kencing unta dan selainnya terdiri dari haiwan yang dimakan dagingnya kerana dikiaskan kepada unta.

Kata Ibn al-Munzir: “Sesiapa yang mendakwa hal ini khas untuk kaum itu sahaja, maka dakwaannya tidak benar. Di mana hukum khusus tidak boleh ditetapkan melainkan dengan dalil atau bukti.” Katanya lagi: “Biarnya para ulama orang ramai berjual-beli air kencing biri-biri  di pasar-pasar, dan menggunakan air kencing unta dalam perubatan ketika zaman dahulu dan sekarang ini tanpa ada bantahan merupakan bukti atau dalil akan kesuciannya.”

Kata al-Syaukani: “Yang zahirnya adalah suci air-air kencing dan Azbal (kotoran yg dibuat baja) dari semua jenis haiwan yang dimakan dagingnya, kerana berpegang dengan hukum asal. Dan berdasarkan Istishab dengan al-Bara’ah al-Asliyyah. Manakala kenajisan adalah hukum syar’ie yang berpindah dari hukum yang sepatutnya adalah menurut hukum asal dan Bara’ah (bebas dari najis). Maka tidak boleh diterima pandangan yang mendakwa kenajisannya melainkan dengan adanya dalil atau bukti yang boleh memindahkan hukum asal dan bara’ah kepadanya. Dan tidaklah kami dapati orang mereka yang berpandangan akan kenajisan air kencing dan tahi binatang yang dimakan daging ini satu dalil dalam dakwaan mereka. 

Inilah pandangan yang lebih rajih dalam permasalahan ini disebabkan kekuatan hujjahnya. Jika disusunkan hujjah mereka adalah seperti berikut:

أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم أأتوضأ من لحوم الغنم؟ قال: إن شئت فتوضأ وإن شئت فلا توضأ. قال: أتوضأ من لحوم الإبل؟ قال: نعم فتوضأ من لحوم الإبل. قال: أصلي في مرابض الغنم؟  قال: نعم. قال: أصلي في مبارك الإبل؟ قال: لا.

Maksudnya: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perlu saya berwudhu setelah memakan daging kambing?” baginda menjawab: “Jika kamu mahu, maka berwudhulah, jika kamu tidak mahu, maka tidak perlulah berwudhu.” Tanya lelaki itu lagi: “Apakah saya perlu berwudhu setelah memakan daging unta?” Baginda menjawab: “Ya, berwudhulah setelah memakan daging unta.” Lelaki itu bertanya lagi: “Bolehkah saya menunaikan solat di kandang kambing?” baginda menjawab: Ya.” Dia bertanya lagi: “Bolehkah saya menunaikan solat di kandang unta?” baginda menjawab: “Tidak.”

Di dalam sunan Abu Daud daripada al-Barra bin ‘Azib katanya:

سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الصلاة في مبارك الإبل؟ فقال: لا تصلوا في مبارك الإبل فإنها من الشياطين. وسئل عن الصلاة في مرابض الغنم؟ فقال: صلوا فيها فإنها بركة

Maksudnya: “Rasulullah pernah ditanya tentang solat di kandang unta, baginda menjawab: “Jangan kamu semua solat di kandang unta, kerana ia dari kalangan syaitan. Ketika Baginda ditanya tentang solat di kandang kambing? Baginda menjawab: “ Solatnya di kandang kambing kerana padanya adalah keberkatan.” (Dinilah Sahih oleh al-Albani)

Di dalam hadis ini Baginda tidak mengarahkan orang yang menunaikan solat di kandang kambing supaya dijauhi  air kencing dan tahinya, sedangkan pada kebiasaannya sudah tentu terdapat air kencing dan tahi kambing di kandangnya. Banyak dalil-dalil lain lagi yang telah dinytakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam Majmu’ al-Fatawa 21/542-586.

Kata al-Imam Ibn Qudamah:

وبول ما يؤكل لحمه وروثه طاهر ... قال مالك : لا يرى أهل العلم أبوال ما أكل لحمه وشرب لبنه نجساً .... وقال ابن المنذر : أجمع كل من نحفظ عنه من أهل العلم على إباحة الصلاة في مرابض الغنم ، إلا الشافعي فإنه اشترط أن تكون سليمة من أبعارها وأبوالها

Di dalam ‘Aun al-Ma’bud dinyatakan:

والحديث فيه أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن الصلاة في مواضع الإبل وعلل ذلك بقوله: فإنها من الشياطين. أي الإبل خلقت من الشياطين كما في رواية ابن ماجه: فإنها خلقت من الشياطين. فهذا يدل على أن علة النهي كون الإبل من الشياطين لا غير، فالإبل تعمل عمل الشياطين والأجنة لأن الإبل كثيرة الشراد فتشوش قلب المصلي وتمنع الخشوع. قال الخطابي: قوله صلى الله عليه وسلم: فإنها من الشياطين يريد أنها لما فيها من النفار والشرود وربما أفسدت على المصلي صلاته، والعرب تسمي كل مارد شيطانا؛ كأنه يقول: كأن المصلي إذا صلى بحضرتها كان مغررا بصلاته لما لا يؤمن نفارها وخبطها المصلي. وهذا المعنى مأمون من الغنم لما فيها من السكون وضعف الحركة إذا هيجت. 

Namun ini bukanlah bermaksud umat Islam disuruh untuk membiarkan air kencing dan tahi binatang yang dimakan daging ini begitu sahaja sehingga mendatangkan gangguan. Sekalipun air kencing dan tahi binatang yang dimakan dagingnya ini hukumnya suci, namun ia tetap sesuatu yang kotor dan dianggap keji oleh jiwa manusia.

Cetak
Wallahu a'lam