Terlupa Rukuk Di Dalam Solat

Soalan:
 
Assalamualaikum ustaz, sy ada mslh ttg solat.sy trlupa rukuk dn sy trus sujud.kemudian dlm sujud sy sedar yg sy blum rukuk.kemudian sy bgn semula dn sempurnakan rukuk itu dn sujud kembali.adakah benar kaedah ini ustaz?
 
Jawapan: Ya, betul lagi benar.
 
Soalan: Sedikit tambahan ustaz. Selepas buat rukuk yg kite lupa tu, adakah sujud tu kite sambung sujud kedua atau kene sujud yg baru?
Jawapan: Buat sujud yang baharu. Selepas itu sujud sahwi di penghujung solat. 
 
Soalan: Tatkala tersdar dari kesilapan tu,trus bgun dari sujud dan rukuk trus ke ustaz.ke kene bdiri dari sujud tu dulu,then bru rukuk dan iktidal seperti biasa
Jawapan:  Terus bangun untuk rukuk, iktidal dan sujud dua kali.

Cetak  
Wallahu a'lam