SDI 1318: Jual Rumah Untuk Memberi Rumah Lain, apakah wang tersebut wajib dikeluarkan zakat?

Tuesday, August 27, 2013

Soalan:

Saya telah menjual rumah yang saya duduki untuk membeli rumah lain pada bulan Ramadhan yang lalu, dalam bulan Syawal berikutnya saya membeli rumah yang saya idamkan dengan duit jualan rumah tersebut. Soalan saya apakah wang yang saya perolehi dari menjual rumah saya dalam bulan Ramadhan itu bagi tujuan memberi rumah yang lain wajib dikeluarkan zakat?

 

Jawapan:

Wang yang anda perolehi dari jualan rumah dalam bulan Ramadhan tersebut TIDAK WAJIB dikeluarkan zakat kerana ia tidak cukup tempoh setahun.

Namun sekiranya wang yang anda perolehi hasil dari jualan rumah dalam bulan Ramadhan tersebut cukup nisab dan anda memegangnya hingga sempurna setahun qamariah maka wang tersebut wajib dikeluarkan zakat.


Cetak  
Wallahu a'lam