Takbiratul Ihram Wajib Dituturkan

Dimaksudkan dengan takbiratul ihram sebagai rukun adalah lafaz الله أكبر. Oleh kerana itu takbiratul ihram mesti dituturkan pada mulut, tidak memadai dengan hanya dilintaskan di dalam hati, tidak boleh.

Seseorang nak mula solat, dia tutup mulut, angkat tangan untuk takbiratul ihram, kemudian sebut di dalam hati الله أكبر, tidak boleh.

Rukun mesti dilafazkan pada mulut. Lebih daripada itu menimbulkan perbahasan di kalangan ulama apakah mesti didengarkan pada telinga taupun tidak mesti?

Perbezaan ini timbul kerana usaha memahami apakah mendengarkan suara pada telinga sendiri itu, termasuk dalam ertikata seorang yang melafazkan takbir? Atau cukup sekadar mengungkapkan dengan lidah telah dinamakan sebagai seorang yang melafazkan takbir?

Mazhab Syafie, kena dengarkan pada telinga sendiri. Berbeza dengan pandangan sebahagian ulama lain seperti dalam mazhab Maliki yang mengatakan tidak wajib mendengarkan pada telinga sendiri, sebaliknya cukup dengan menutur atau mengungkapkan lafaz الله أكبر pada lidah.   


Cetak  
Wallahu a'lam