SDI 1462: Mualaf Bimbangkan Keselamatan Diri Untuk Hadir Jumaat

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Soalan yang bertanya: Apa hukum jika seorang mualaf itu tidak menunaikan solat Jumaat disebabkan takut diketahui oleh keluarganya dan masjid berada begitu Jauh Dari rumahnya

 

Jawapan:

 

Wallahu ta'ala a'lam, situasi seorang mualaf itu, dia lebih mengetahui tentang situasinya, jika dengan hadirnya dia ke solat Jumaat boleh mendatangkan mudharat yang lebih besar untuk diri dan keluarganya, maka mudah-mudahan ada kemaafan untuk dia. Akan tetapi jangan dia mengambil ringan dalam permasalahan ini. Hendaklah dia berusaha untuk dapat menunaikan solat Jumaat dan dia selamat ataupun bebas daripada ancaman bahaya ke atas diri dan keluarganya. Jika Dia sengaja meninggalkan Jumaat, maka hukumnya sama seperti muslim yang lain, kerana dia mualaf itu pada nisbah dia yang baru masuk Islam, namun dia dikira sebagai seorang muslim. Jika sengaja ditinggalkan solat Jumaat, setelah dia mengetahui kewajipan solat Jumaat, kesalahannya sama seperti orang muslim lain yang meninggalkan solat Jumaat.


Cetak  
Wallahu a'lam