SDI 0792: Terbabit Dengan Kemalangan Yang Membabitkan Mangsa Meninggal Dunia

Fiqh Jinayat Jumlah paparan: 984
 
Soalan: 
Adik saya terbabit dlm kemalangan. Dia terla ggar seorg makcik yg berbasikal. Selepas makcik tersebut dimasukkan ke hospital beberapa hari, lebih kurang sebulan slps itu, polis memberitahu yg makcik itu meninggal dunia. Apa yg adik saya perlu lakukan?
 
Jawapan:
1. Kematian yang berlaku disebabkan kemalangan biasanya diketegorikan sebagai "penyebab kematian tanpa niat". Kesalahan penyebab kematian tanpa niat, wajib bayaran diat ke atas pesalah, melainkan jika waris mangsa halalkan. Setelah itu wajib memerdekakan seorang hamba beriman, jika tiada hamba maka hendaklah puasa dua bulan berturut-turut. Firman Allah SWT:
 
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَنْ يَقْتُلَ مُؤْمِناً إِلَّا خَطَأً وَمَنْ قَتَلَ مُؤْمِناً خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ إِلَّا أَنْ يَصَّدَّقُوا فَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ عَدُوٍّ لَكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِنَ اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيماً حَكِيماً
 
Maksudnya: "...sesiapa yang membunuh seorang yang beriman secara tersilap (tanpa niat), maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang beriman dan bayaran diat kepada ahli keluarga mangsa yang terbunuh melainkan jika mereka memaafkan.... maka sesiapa yang tidak mendapati adanya hamba untuk dimerdekakan, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut..." (alNisaak: 92)
 
Kaffarah ini wajib jika kemalangan berlaku disebabkan kecuaian dari pihak adik saudara. Jika kematian berlaku disebabkan kecuaian 100% dipihak mangsa, maka tiada apa-apa kaffarah ke atas adik saudara.
 
2. Jika kematian makcik tersebut bukan disebabkan kemalangan yang berlaku, maka tiada apa-apa kaffarah ke atas adik saudara.
Cetak
Wallahu a'lam