Penjenayah Bawah Umur: Keluarga Mangsa Terkorban Berhak Mendapat Diat (5)

Analisis Pandangan Ulama
 
1) Pemerhatian mendalam kepada pandangan ulama mazhab Syafie dan Hambali menunjukkan madar hukum di sisi mereka dalam persoalan diat dipikul oleh aqilah ialah mempraktikkan nas yang ada, yang mengikat diat dengan aqilah dengan menjadikan aqilah hanya merujuk kepada ahli keluarga tanpa pemerhatian lanjut kepada illah dan mengembangkan maksud aqilah kepada selain ahli keluarga yang memiliki illah yg sama. Sebaliknya mereka hanya bersandar kepada kaedah am iaitulah firman Allah:
 
Maksudnya: "Dan seseorang tidak memikul kesalahan orang lain" (alAn'am: 164)
 
Justeru yang memikul diat pada asalnya adalah sipembunuh bukan aqilahnya. Meletakkan sebahagian bayaran diat ke atas aqilah di samping pembunuh sendiri adalah perbuatan istishna' (pengecualian) dari hukum asal kerana adanya dalil. Tidak boleh meluaskannya kepada istishnaa' lain yang tiada dalil atau dengan jalan qiyas. 
 
Dalam masa yang sama ulama mazhab Syafie dan Hambali mengakui bahawa illah dalam kefardhuan diat ke atas aqilah pembunuh tersilap adalah alMunasarah (المناصرة). 
 
Sekalipun illah dapat dikenal-pasti dalam persoalan ini, namun ia tidak boleh melangkau kepada apa yang telah dinaskan dalam hadis Nabi SAW, berdasarkan: tidak diqiyaskan atas mustashna (sesuatu yang dikecualikan) dan tiada qiyas ke atas pekara-perkara yang dikecualikan (المستثنيات). Hal ini memiliki contoh yang banyak di dalam fiqh, antaranya: Allah telah memberi rukhsah kepada seorang muslim yang bermusafir atau sakit untuk tidak berpuasa berdasarkan firmanNya yang bermaksud: "...Maka gantilah pada hari-hari yang lain." (alBaqarah: 185) Akan tetapi ia (hukum ini) adalah pengecualian, tidak boleh diqiyaskan kepada solat sehingga boleh ditangguh ke hari-hari lain sekalipun puasa dan solat telah berkongsi illah (untuk ditangguhkan iaitulah) musafir atau sakit. 
 
Dalam persoalan aqilah untuk pembunuhan tersilap, ahli keluarga berkngsi bersama diwan dengan illah alMunasarah (المناصرة). Akan tetapi ulama mazhab Syafie dan Hambali tidak berpandangan bolehnya qiyas kepada diwan dengan ahli keluarga (القرابة) pada dipikulkan diat, sekalipun kedua-duanya berkongsi pada illah yang sama. 
 
2) Berbeza dengan ulama mazhab Hanafi di mana mereka tidak berhenti pada batasan zahir nas sahaja dalam persoalan ini. Bahkan lebih jauh lagi, di mana mereka berpandangan (sebahagian) pensyariatan memiliki hikmah dan skop yang mesti dilaksanakan dan dirujuk kepadanya. Demikian juga mereka berpandangan tidak mungkin memahami sesuatu nas melainkan mesti di bawah naungan skop tersebut. Mereka menjelaskan hukum aqilah ini memiliki illah iaitulah alTanasur (التناصر). 
 
Nabi SAW telah memutuskan bahawa pembunuh tersilap tidak bersendirian memikul diat mangsa yang terbunuh. Bahkan mesti dibantu oleh sekumpulan tertentu dari kalangan orang-orang dekat dengannya sekalipun mereka tidak memiliki hubungan langsung dengan apa yang dilakukannya. Dalam hukum ini terdapat pengecualian dari kaedah am yang dinaskan oleh alQuran iaitulah: "seseorang tidak memikul kesalahan orang lain." Mereka berpandangan pengecualian di sini wujud kerana melihat kepada maslahah dan mempraktikkan kaedah alTa'awun, mengurangkan kemudharatan (تخفيف الضرر), merialisasikan alTanasur antara umat Islam secara umum dan antara orang-orang yang memiliki hubungan rapat secara khusus. Dari sudut merialisasikan nusrah alMuslimin secara umum ia terlaksana dalam bentuk tidak akan berlaku pengabaian atau menganggap ringan urusan berkaitan darah seorang muslim sekiranya pembunuh tersilap seorang faqir. Adapun nusrah mereka secara khusus iaitulah berlaku bantuan kepada pembunuh tersilap dalam menunaikan diat. 
 
Dengan perintah Allah SWT, Nabi SAW mensyariatkan sebahagian hukum-hakam menurut apa yang sesuai dengan keadaan semasa, setelah itu perkara itu ditinggalkan kepada kehidupan agar menurut laluannya. Justeru umat islam berusaha memahami makna-makna pensyariatan sesuatu hukum-hakam agar dapat diterapkan ke atas realiti yang baharu. Contoh dalam hal ini banyak, antaranya: Nabi SAW telah menfardhukan zakat fitrah sebanyak satu Sa' dari gandum, keju, tamar atau anggur kering kerana kesemuanya dikira sebagai makanan asasi dan menjadi keperluan semua manusia. Setelah keadaan berubah dengan meluasnya empayar Islam, maka ketika itu mata wang telah menjadi sesuatu yang lebih diperlukan oleh orang-orang fakir dan ia lebih berupaya memenuhi keperluan manusia, menyebabkan sebahagian mazhab meluaskan ijtihad, lalu mereka berpendapat dalam bukanlah maksud yang dikehendaki agama dari pensyariatan zakat fitrah mengeluarkan sejenis makanan tertentu, bahkan maksud sebenar yang dikehendaki oleh agama ialah memenuhi keperluan orang fakir dan miskin, demikian juga menjadikan orang-orang miskin serba kecukupan sehingga mereka tidak perlu lagi meminta-minta untuk menyambut hari raya.  
 
Dalam masalah diat pembunuhan tersilap ini, Nabi SAW telah menfardhukan diat turut dibayar oleh sekumpulan tertentu dari kalangan orang-orang terdekat dengan kes pembunuhan tersilap. Persoalannya: mengapa baginda memikulkan tanggungjawab diat tersebut kepada mereka juga? Apakah disebabkan mereka orang-orang terdekat kepada pembunuh tersilap semata-mata? Atau kerana mereka mewarisinya?, agar kerugian menanggung diat sebagai timbalan dengan keuntungan mewarisi harta? Atau kerana mereka merupakan sekumpulan individu yang diperolehi pertolongan dari mereka?
Berjaya mengenal pasti kemungkinan2 ini akan menjadikan kita dapat menetapkan illah kefardhuan diat ke atas aqilah.
 

Cetak  
Wallahu a'lam