SDI 1102: Wanita Dirogol Perlu Beriddah?

Fiqh Jinayat Jumlah paparan: 1135

Soalan:
Seorg perempuan dirogol, perlu beriddah jika dia hendak berkahwin?

Jawapan:

Berlaku perbezaan pendapat ulama dalam masalah ini. Syeikh Ibn 'Uthaimin mentarjihkan seperti berikut:

1. Jika wanita tersebut memiliki suami, tidak perlu dia beriddah dalam ertikata lain suaminya boleh sahaja menyetubuhinya. Pandangan tidak perlu beriddah bagi wanita bersuami yang dirogol atau berzina lalu bertaubat ini bertepatan dengan pandangan ulama mazhab Hanafi dan Syafi'ie" (alMausuah alFiqhiyyah 29/337)

2. Jika wanita terbabit belum bersuami. Maka dia perlu beriddah selama sekali haid. Pandangan ini bertepatan dengan pandangan ulama mazhab Maliki dan satu riwayat dari Imam Ahmad, menjadi pilihan Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah. (alInsaf 9/295)

3. Jika wanita tersebut terbukti mengandung disebabkan rogol tersebut, maka suaminya jangan melakukan persetubuhan dengannya. Namum boleh selain persetubuhan. Jika belum terbukti mengandung, suaminya boleh menyetubuhinya dan jika siisteri didapati mengandung selepas itu, maka anak itu adalah anak suami berdasarkan hadis Nabi SAW:

الولد للفراش

Maksudnya: "anak itu adalah milik suami..."

Larangan menyetubuhi wanita yang dirogol yang terbukti mengandung kerana larangan:

لا يسقي ماءه زرع غيره

Maksudnya: "jangan masukkan benih kamu di tempat benih org lain." (alSyarh alMumti' 13/232)

Dlm halaman 382, Ibn 'Uthamin berkata:

"Bahkan pandangan ini diriwayatkan dari Abu Bakr dan sekumpulan sahabat RA bahawa wanita yang dirogol tiada iddah secara mutlaq dan tidak perlu menunggu rahimnya suci. Terutama wanita yang bersuami berdasarkan hadis Nabi SAW: "Anak itu adalah milik suami", bahkan seseorang lelaki jika mengetahui isterinya melakukan zina kemudian bertaubat, hendaklah dia segera menyetubuhi isterinya tersebut sehingga tiada keraguan di dalam hatinya di kemudian hari, apakah isterinya hamil dari hubungan zina atau tidak. Jika sisuami segera menyetubuhi isterinya tersebut, maka kandungan dikira anak suami bukan dari lelaki yang berzina tersebut. Adapun jika wanita yang berzina itu belum bersuami hendaklah dia beriddah sekali haid."

Cetak
Wallahu a'lam