SDI 0881: Bila Adik Beradik Lelaki Saling Mewarisi?

Soalan: 

Saya merujuk sdi 878 ust. Klu adik lelaki dan abang saya apakah keadaan yg menjadikan mereka mewarisi atau kami saling mewarisi?

Jawapan:

Adik beradik kandung lelaki tidak saling mewarisi melainkan dengan dua (2) syarat:

1. Ketiadaan bapa.
2. Ketiadaan furu' lelaki waris.

Bagi adik beradik lelaki sebapa pula ada tambahan satu (1) syarat lain iaitulah:

3. Ketiadaan adik beradik lelaki seibu-sebapa.

Kadar untuk adik-beradik lelaki seibu-sebapa atau sebapa jika mereka mewarisi harta ialah tiada had tertentu kerana mereka adalah 'asabah. Maksudnya mereka akan mengambil seluruh harta yang berbaki setelah semua Ashab alFurudh mengambil bahagian mereka. Jika Ashab alFurudh tiada, maka mereka akan mengambil semua harta.

Manakala adik beradik lelaki seibu pula akan mewarisi harta sebanyak satu perenam (1/6) dengan dua (2) syarat:

1. Ketiadaan asal lelaki waris.
2. Ketiadaan furu' waris sama ada lelaki atau perempuan.


Cetak  
Wallahu a'lam