SDI 1240: Mengajar Makcik Bertudung Akan Faraid

Soalan:

Ustaz benarkan sepertri yg dikatakan dlm status ini?

Jawapan:

Jelas dia tidak tahu apa-apa tentang faraid. Kesian yaa.. hidup di zaman roketpun masih ketinggalan dengan ilmu faraid.

Seorang wanita yang tidak berkahwin, hartanya tidak diberi kepada baitulmal begitu sahaja. Kerana waris bukan hanya sekadar anak. Baca dan semaklah dahulu siapa ahli waris yang berhak terhadap harta.

Kesian... diri sendiri jahil dan malas membaca dituduh pak lebai yang tak mahu istinbath hukum baharu.

Tak payah istinbath baharu dah mak cik oiii... hukum dah siap tersusun elok.


Cetak  
Wallahu a'lam