SDI 1274: Isteri Jenazah Mencadangkan Wang Pusaka Disedekahkan

Fiqh Mawarith Jumlah paparan: 708

Soalan: 

Bapa saya meninggal dunia dan meninggalkan wang tunai sebanyak RM 10,000.00. Si mati pula meninggalkan 10 orang anak (5 lelaki dan 5 perempuan) dan seorang isteri. Ada sebahagian anak-anak yang hidup susah. Isteri si mati mencadangkan supaya wang ditinggalkan disedekahkan/diwakafkan. Soalan: Duit itu perlu difaraidkan atau disedekahkan seperti yang dicadangkan oleh isteri si mati?

Jawapan: 

1. Harta pusaka yang ditinggalkan termasuk wang tunai adalah miliki setiap waris dan wajib difaraidkan. Bagi kes yang ditanya, jika tiada lagi waris lain, maka si isteri berhak mendapat 1/8 secara fardhan, manakala untuk anak lelaki dan perempuan secara ta’siban, anak lelaki mendapat dua bahagian dari apa yang didapati oleh anak perempuan.

Cara pembahagiannya ialah dibahagian harta si mati kepada 120 bahagian. Isteri mengambil 15 bahagian (1/8). Baki 105 bahagian diambil oleh setiap anak lelaki sebanyak 14 bahagian seorang, dan setiap anak perempuan mengambil 7 bahagian setiap orang.

Cara pembahagian:

10,000.00  ÷ 120 = 83.3333333

Isteri ambil 15 bahagian iaitulah 83.333333 x 15 = RM1,250.00

Bahagian setiap anak lelaki ialah 83.3333333 x 14 = RM1,166.66667 (Jumlah keseluruhan = 5,833.33335)

Bahagian setiap anak perempuan ialah  83.3333333 x 7 = RM583.333333 (Jumlah keseluruhan = RM2,916.66667

2. Setelah setiap seorang waris mengetahui hak mereka, termasuk dalam satu perkara yang digalakkan jika mereka sedekahkan kepada ahli keluarga yang susah.

Cetak
Wallahu a'lam