SDI 0203: Ibu-Bapa Mati Dalam Kemalangan Kereta Yang Dipandu SiAnak. Apakah Si Anak Boleh Mewarisi Harta Orang Tuanya?

Assalamualaikum , ustaz , sy ingin bertanya , tadi ada ustaz smpaikan ceramah di masjid kmpug sy , beliau mengatakan sekiranya kita memandu kenderaan dan membawa mak ayah kita bersama , sekiranya berlaku kemalangan , menyebabkan salah seorang dr ibubpa meninggal dunia , adakah benar semua harta milik ibubapa tidak layak diterima kerana dianggap membunuh ibubapa?

Jawapan:

Anak yg memandu kereta, bawa mak ayah, lalu berlaku kemalangan yg menyebabkan kedua ibu-bapanya meninggal dunia tidak mewarisi harta ibu-bapanya. Inilah pandangan majoriti ulama termasuk mazhab al-Syafie, melainkan mazhab Malik. Kes sbgini termasuk dlm kumpulan Qatlul Khata' (pembunuhan berlaku scr x sengaja).

al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin RH berkata:

فإذا علمنا يقيناً أن هذا الوارث لم يتعمد القتل ، فإننا لا نمنعه ؛ لأنه قد استحق الميراث ، فكيف نحرمه منه ؟ وهذا يقع كثيراً ... ، ولهذا كان مذهب الإمام مالك رحمه الله في هذه المسألة أصح المذاهب

Maksudnya: "Jika kita ketahui scr yakin bahawa waris (si ank) tidak sengaja sehingga berlakunya kematian. Maka kita tidak boleh menghalangnya (dr perwarisan harta), kerana dia seorg yg berhak terhadap perwarisan (harta org tuanya), bagaimana kita boleh menghalang perwarisan harta kpdnya? Sdgkan perkara sbgini (kemalangan berlaku tanpa sengaja) banyak berlaku. Krn itu dlm masalah ini mazhab malik adlh yg paling benar." (al-Syarh al-Mumti' 11/143)


Cetak  
Wallahu a'lam