Hukum Jual-beli Anjing

Fiqh Muamalat Jumlah paparan: 2166

Jual-beli Anjing

Para fuqaha berbeza pandangan dalam permasalahan jual-beli anjing. Di kalangan fuqaha ada yang mengharuskan jual beli anjing kerana melihat sifat harta ada pada padanya dan ia boleh dimanfaatkan (ماليته وإمكان الانتفاع به شرعًا). Majoriti ulama pula mengharamkannya dan mereka berbeza pandangan dalam menetapkan illah pengharaman. Di kalangan mereka menjadikan illah kerana kenajisan anjing. Sebahagian lain berpandangan illahnya adalah kerana ditegah memeliharanya. Huraiannya adalah seperti berikut:

Mazhab Hanafi: Berpandangan harus jual-beli anjing dan diqiaskan atasnya jual-beli semua haiwan yang bertaring dari kalangan haiwan buas melainkan babi. Keharusan ini berdasarkan pandangan mereka, anjing termasuk harta dan harta suatu yang boleh dijual-beli, di mana fuqaha Hanafi mengambil kira ciri-ciri harta yang ada pada barangan jualan dan boleh diambil manfaat merupakan rukun penting di dalam jual-beli. Mereka juga berpandangan setiap yang memiliki kemanfaatan yang harus, maka harus pula jual-belinya.

Di dalam al-Ikhtiyar li Ta’lil al-Mukhtar dinyatakan:

ويجوز بيع الكلب والفهد والسباع معلمًا كان أو غير معلم، وأهل الذمة في البيع كالمسلمين، وعلق الشارح على هذا بقوله: ويجوز بيع الكلب والفهد والسباع معلمًا كان أو غير معلم، لأنه حيوان منتفع به حراسة واصطيادًا فيجوز، ولهذا ينتقل إلى ملك الموصى له والوارث بخلاف الحشرات كالحية والعقرب والضب والقنفذ ونحوها لأنه لا ينتفع بها

Maksudnya: “dan harus jual-beli anjing, harimau, dan binatang buas terlatih atau tidak. Ahl al-Zimmah dalam jual-beli sama seperti orang muslim.” Syarih menta’liqkan perkataannya sebegini kerana anjing adalah haiwan yang dapat diambil manfaat untuk pengawalan dan berburu, maka ia harus. Kerana itu ia berpindah kepada milik orang yang diwasiatkan dan waris berbeza dengan hasyarat seperti ular, kala-jengking, dhab, landak dan seumpamanya yang tidak dapat diambil manfaat.” (al-Musili 2/9-10)

Di dalam Bada-i’ al-Sana-i’ dinyatakan:

ويجوز بيع كل ذي مخلب من الطير، معلمًا كان أو غير معلم بلا خلاف، وأما بيع كل ذي ناب من السباع سوى الخنْزير كالكلب والفهد والأسد والنمر والذئب والهر ونحوها فجائز عند أصحابنا …، ثم عندنا لا فرق بين المعلم وغير المعلم في رواية الأصل فيجوز بيعه كيف ما كان، وروي عن أبي يوسف أنه لا يجوز بيع الكلب العَقور …

Maksudnya: “dan harus jual-beli setiap haiwan yang memiliki kuku mencengkam dari kalangan burung yang terlatih atau tidak. Adapun jual-belinya setiap yang memiliki taring dari binatang buas selain babi seperti anjing, harimau bintang, singa, harimau, serigala, kucing dan seumpamanya adalah harus di sisi sahabat kami… kemudian di sisi kami tiada beza antara yang terlatih atau tidak dalam satu riwayat al-Asal, maka harus jual-belinya dalam semua keadaan. Diriwayatkan daripada Abi Yusuf yang mengatakan tidak boleh jual-beli anjing liar dan merbahaya.” (al-Kasani 5/142-143)

Dari teks Hanafiah ini menunjukkan harus jual-beli anjing dan haiwan lain yang sama hukum dengannya seperti harimau, singa dan seumpamanya dari kalangan haiwan bertaring kerana mengambil kira sifat atau ciri-ciri harta yang menjadi asas penting dalam akad jual-beli di sisi mereka. Dalam masa yang sama terdapat riwayat dari al-Qadhi Abu Yusuf yang berpandangan tidak boleh jual-beli anjing liar dan ganas.

Mazhab Maliki: Tidak sah jual-beli anjing mutlaqan, sama ada anjing buruan, hirasah atau selainnya. Hal ini kerana adanya tegahan jual-belinya dari syarak, sekalipun boleh memelihara anjing buruan dan hirasah. Keharusan mengambil manfaat dari anjing buruan dan hirasah tidak mengharuskan jual-belinya. Namun Suhnun berbeza dalam permasalahan ini, di mana beliau berpandangan harus jual-beli anjing ammatan dan tidak mengapa dengan harganya.

Di dalam al-Muntaha Syarh al-Muwattha Malik dinyatakan:

قال مالك: "أكره ثمن الكلب الضّاري وغير الضّاري لنهي رسول الله ﷺ عن ثمن الكلب.

Maksudnya:   “berkata Malik: Aku tidak suka harga (keuntungan dari jualan) anjing terlatih dan tidak kerana terdapat tegahan Rasulullah SAW dari harga anjing.”

Di dalam Mawahib al-Jalil Syarh Mukhtasar Khalil dinyatakan:

… والكلب … وثمنه لا يحل قد حرمه رسول الله ﷺ حين نهى عن ثمنه …

Maksudnya: “… dan anjing… dan harganya tidak halal, Rasulullah SAW telah mengharamkannya ketika baginda melarang keuntungan jualannya.”

Berdasarkan nukilan ini menunjukkan jual-beli anjing pada asalnya di sisi Malikiyyah adalah ditegah. Keharusan mengambil manfaat dengannya tidak boleh dijadikan tabrir keharusan jual-belinya.

Berkaitan anjing buruan, hirasah dan seumpamanya, para fuqaha Maliki berbeza pandangan. Sebahagian mereka mengambil hukum asal tegahan di sisi mereka dan diberikan hukum yang sama kepada anjing buruan, hirasah dan  seumpamanya.

Sebahagian lain berpandangan anjing buruan, hirasah dan seumpamanya terkecuali dari hukum asal tegahan jual-beli anjing. Pandangan ini melihat dari sudut harus jual-beli apa-apa yang dapat diambil manfaat sehinggakan Suhnun secara jelas menyatakan beliau akan menjual anjing dan dengan keuntungannya beliau melaksanakan haji. Dalam masa yang sama penulis Bulghah al-Salik menghikayatkan ittifaq di sisi Malikiyyah keharusan jual-beli anjing masyiah seperti anjing badiah dan seumpamanya.

Mazhab Syafie: Tidak boleh jual-beli anjing sama ada yang terlatih atau tidak, kecil mahupun besar, tidak perlu dhaman ke atas sesiapa yang membunuh anjing disebabkan kenajisannya dan terdapat tegahan memeliharanya. Hal ini sedemikian, terutamanya Syafiyyah dan jumhur mensyaratkan kesucian al-Mabi’ (sesuatu yang dijual). Justeru Syafiiyyah melarang jual-beli anjing dan seumpamanya yang najis ain sekalipun untuk buruan, hirasah dan seumpamanya.

Di dalam Mughniy al-Muhtaj:

وللمبيع شروط: طهارة عينه؛ فلا يصح بيع الكلب والخمر والمتنجس الذي لا يمكن تطهيره كالخل واللبن، وكذا الدهن في الأصح

Maksudnya: “dan bagi sesuatu yang dijual itu beberapa syarat: kesucian ainnya. Maka tidak sah jual-beli anjing, arak, perkara yang menjadi najis dan tidak mungkin membersihkannya seperti cuka dan laban, demikian juga keju berdasankan pandangan Asah.”

Di dalam al-Majmu’:

… أنه لا يحوز بيع الكلب سواء كان معلمًا أو غيره، وسواء كان جِروا أو كبيرًا ولا قيمة على من أتلفه … قال ابن المنذر: لا معنى لمن جوز بيع الكلب لأنه مخالف لما ثبت عن رسول الله ﷺ، قال: ونهيه عام يدخل فيه جميع الكلاب

Maksudnya: “…bahawa tidak boleh jual-beli anjing sama ada yang terlatih atau tidak. Sama ada anak anjing atau anjing yang besar, dan tiada nilah yang perlu diganti ke atas sesiapa yang membunuhnya… berkata Ibn al-Munzir: “tiada makna bagi sesiapa yang mengharuskan jual-beli anjing terlatih, kerana ia menyalahi apa yang telah sabit dari Rasulullah SAW yang bersabda.” Kata beliau lagi: :Dan tegahan baginda umum masuk  ke dalam tegahan itu semua jenis anjing.”

Dari kenyataan syafiiyyah menunjukkan tidak boleh jual-beli anjing sekalipun yang terlatih disebabkan ia najis ain, manakala mereka pula mensyaratkan sesuatu mabi’ hendaklah suci ainnya. Hukum ini adalah am (umum), termasuk yang terlatih, untuk buruan, untuk hirasah, untuk masyiah dan seumpamanya. Sekalipun demikian mereka mengharuskan memelihara untuk buruan, dan hirasyah al-Masyiah dan al-Zar’.

Mazhab Hambali: Tidak sah jual-beli anjing sekalipun yang terlatih kerana terdapat tegahan dari jual-belinya. Demikian juga tiada nilai yang perlu dibayar bagi sesiapa yang membunuh anjing.

Di dalam al-Mughniy dan al-Syarh al-Kabir dinyatakan:

لا يختلف المذهب في أن بيع الكلب باطل أي كلب كان وإن كان معلمًا، وبه قال الحسن، وربيعة وحماد، والأوزعي … وكره أبو هريرة ثمن الكلب

Maksudnya: “Tiada perbezaan dalam mazhab bahawa jual-beli anjing adalah batil, anjing apa sahaja sekalipun yang terlatih. Inilah juga pandangan al-Hasan, Rabi‘ah, Hammad dan al-Awza‘ie… dan Abu Hurairah tidak suka harga anjing.” 

Di dalam Kassyaf al-Qina’:

الشرط الثالث: أن يكون المبيع والثمن مالًا لأنه مقابل بالمال إذ هو مبادلة المال بالمال وهو أي المال شرعًا ما فيه منفعة أو لغير حاجة ضرورة، فخرج ما لا نفع فيه أصلًا كالحشرات وما فيه منفعة محرمة كالخمر وما فيه منفعة مباحة للحاجة كالكلب وما فيه منفعة تباح للضرورة كالميتة في حال الْمَخْمَصَة وخمر لدفع لقمةٍ غَصَّ بها …

Maksudnya: “syarat ketika: keberadaan barang jualan dan harga sebagai harta, kerana ia muqabil dengan harta, iaitulah pertukaran harta dengan harta, apa sahaja harta pada syara’ apa yang padanya ada manfaat sekalipun tiada keperluan mendesak. Maka terkeluar (hal in) apa-apa yang tidak manfaat pada asalnya seperti hasyarat dan apa-apa yang padanya manfaat yang diharamkan seperti arak dan apa-apa yang padanya ada manfaat yang harus ketika ada hajah seperti anjing dan apa-apa yang padanya ada manfaat yang diharuskan ketika dharurat seperti bangkai dalam situasi terpaksa dan arak bagi menolak suapan yang tersangkut.”

   Kenyataan-kenyataan ini menunjukkan jual-beli anjing di sisi Hanabilah adalah batil sekalipun anjing terlatih atau yang diizinkan memeliharanya disebabkan kenajisan anjing.

Kesimpulan Pandangan Fuqaha Tentang Jual Beli Anjing

Pertama: Tidak boleh jual-beli anjing mutlaqan sekalipun yang terlatih. Inilah pandangan Syafiiyyah, Hanabilah dan Asal mazhab Maliki.

Dalil mereka:

أن رسول الله ﷺ قد نهى عن ثمن الكلب، ومهر البغي، وحلوان الكاهن

Maksudnya:  “Bahawa Rasulullah SAW telah melarang dari harga anjing, bayaran pelacuran dan tilikan.” (Muttafaqun ‘Alaih)

أن رسول الله ﷺ «نهى عن ثمن الدم وعن ثمن الكلب، ومهر البغي، ولعن آكل الربا، ومُوْكِلَه، والواشمة، والمستوشمة، ولعن المصور

Maksudnya:  “Bahawa Rasulullah SAW telah melarang dari harga kerja berbekan, jualan anjing, bayaran pelacuran. Dan baginda melaknat orang yang mengambil riba dan yang memberinya, pembuat tatu dan yang minta ditatukan. Baginda juga melaknat musawwir.” (al-Bukhari)

كسب الحجام خبيث، ومهر البغي خبيث، وثمن الكلب خبيث

Maksudnya: “Pendapatan dari berbekam adalah keji, pendapatan dari zina adalah keji dan harga jualan anjing adalah keji.” (Muslim)

نهى النبي ﷺ عن ثمن الكلب وقال: إن جاء يطلب ثمن الكلب فاملأ كفه ترابًا

Maksudnya:  “Nabi SAW melarang dari harga jualan anjing dan baginda bersabda: “dan jika pemilik anjing itu datang meminta bayarannya, maka penuhkan tangannya dengan tanah.” (Ahmad, Abu Daud, Daraqutni di dalam al-Sunan, al-Baihaqi di dalam al-Sunan dan a;-Tabarani di dalam al-Kabir. Dinilai Sahih oleh al-Wadi‘ie di dalam al-Sahih al-Musnad)

لا يحل ثمن الكلب، ولا حلوان الكاهن، ولا مهر البغي

Maksudnya:  “Tidak halal harga anjing, bayaran dari tilikan dan pelacuran.” (Abu Daud, al-Nasa-ie di dalam al-Sunan. Al-Albani menyebut hadis ini di dalam Sahih al-Jami’)

Dalil-Dalil ini dibantah dengan:

Kedua: Harus jual-beli anjing buruan, anjing untuk hirasah al-Masyiah dan al-Zar’ dan seumpamanya. inilah pandangan Suhnun dari kalangan Malikiyyah dan hikayat dari penulis kitab Bulghah al-Salik mengatakan ittifaq Malikiyyah mengatakan harus.

Dalil mereka:

al-Ma’qul iaitulah untuk Tahkik masalih al-‘Ibad dan mura‘ah ma Yuhaqqiqu al-Manfa‘ah ladaihim menuntut pandangan keharusan jual-beli anjing untuk hirasah, untuk tanaman dan untuk ternakan dan seumpamanya. Pandangan harus jual-beli anjing terlatih sebagai pengawal, terutama anjing terlatih untuk polis bagi mengesan penjenayah (الكلاب البوليسية المدرّبة على كشف المجرمين)  amat diperlukan. Demikian juga sebagai pembimbing jalan kepada golongan OKU penglihatan.  

Ketiga: Harus jual-beli anjing mutlaqan  sama ada yang terlatih ataupun tidak, sama ada untuk buruan dan hirasah ataupun tidak. Inilah pandangan Hanafiyyah. 

Dalil mereka:

يَسۡ‍َٔلُونَكَ مَاذَآ أُحِلَّ لَهُمۡۖ قُلۡ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَٰتُ وَمَا عَلَّمۡتُم مِّنَ ٱلۡجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ ٱللَّهُۖ فَكُلُواْ مِمَّآ أَمۡسَكۡنَ عَلَيۡكُمۡ وَٱذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَيۡهِۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ ٤ 

Maksudnya: "Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?". Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya.” (al-Maidah: 4) 

نهى رسول الله ﷺ عن ثمن الكلب والسنور إلا كلب الصيد

Maksudnya:  “Rasulullah SAW melarang harga anjing dan kucing, melainkan anging buruan.” (al-Nasa-ie. Di dalam riwayat Muslim tiada lafaz: إلا كلب صيد, al-Tirmizi dari Abu Hurairah tidak lafaz: والسنور dan al-Albani menilainya sebagai Hasan di dalam Sahih al-Jami’)

من اتخذ كلبًا إلا كلب زرع أو غنم أو صيد ينقص من أجره كل يوم قيراط 

Maksudnya:  “Sesiapa yang memelihara anjing melainkan anjing untuk menjaga tanaman, atau kambing atau buruan, akan berkurangan dari pahalanya setiap hari satu qirat.” (Muttafaqun ‘Alaih)

أن عبد الله بن عمرو قضى في كلب صيد قتله رجل بأربعين درهمًا، وقضى في كلب ماشية بكبش

Maksudnya:  “Bahawa Abdullah bin ‘Amr memutuskan pada anjing buruan itu yang dibunuh oleh seorang lelaki gantian sebanyak 40 dirham. Dan beliau juga telah memutuskan pada anjing tanaman dengan gantian seekor kibasy.” (al-Baihaqi di dalam al-Sunan)

إذا قتل الكلب المعلم فإنه يُقَوَّم قيمتَه فيَغْرَمُه الذي قتله

Maksudnya:  “Apabila dibunuh seekor anjing terlatih, maka sesungguhnya dibuat nilaiannya dan dibayar oleh orang yang membunuhnya.” (al-Tahawi di dalam Syarh Ma‘ani al-Athar)

كَانَ يُقَالُ: يُجْعَلُ فِي الْكَلْبِ الضَّارِي إِذَا قُتِلَ أَرْبَعُونَ دِرْهَمًا

Maksudnya: “Adalah dikatakan; Dijadikan pada anjing terlatih itu jika dibunuh 40 dirham gantian.” (al-Tahawi di dalam Syarh Ma‘ani al-Athar)

Dalil-dalil ini dibantah dengan:

TARJIH

Tidak boleh jual-beli anjing kerana kesahihah dalil-dalil jumhur dari kalangan Malikiyyah, Syafiiyyah dan Hanabilah, selain ia menunjukkan Hurmah al-Bai’ dan menghalang dari menerima dan memiliki harganya (keuntungan darinya). Dalam masa yang sama dalil-dalil yang didatangkan oleh Hanafiyyah untuk mengatakan sah dan harusnya jual-beli anjing tidak dapat ditegakkan kerana memiliki masalah pada sanadnya. Melainkan wajar diraikan pengecualian yang disebut oleh sebahagian Malikiyyah seperti Suhnun dan lainnya yang mengecualikan anjing buruan, al-Hirasah dan seumpamanya dari anjing terlatih untuk berkhidmat kepada manusia bagi tahqiqan li masalihihim. Wallahu a’lam. (Lihat Risalah Dukturah: al-Buyu’ al-Muharramah wa al-Manhi ‘anha oleh ‘Abd al-Nasir bin Khadir Milad عبد الناصر بن خضر ميلاد, 1/176. Jami‘ah al-Khurtum 1425H)

Selain Suhnun, al-Hafidz Ibn Hajar RH berkata:

ظاهر النهي تحريم بيعه وهو عام في كل كلب معلمًا كان أو غيره مما يجوز اقتناؤه أو لا يجوز، ومن لازم ذلك أنْ لا قيمة على متلفه، وبذلك قال الجمهور؛ انتهى، وقال عطاء والنخعي يجوز بيع كلب الصيد دون غيره لما روى النسائي عن جابر قال: نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ثمن الكلب إلا كلب صيد

maksudnya: “Zahir tegahan membawa hukum haram menjualnya, ia umum merangkumi semua anjing yang terlatih atau tidak, dari jenis yang boleh dibela atau tidak. Lazim dari hukum ini ialah tidak dikenakan gantian harga ke atas sesiapa yang membunuhnya. Demikian inilah pandangan majoriti. Berkata ‘Atho dan al-Nakha‘ie harus jual-beli anjing buruan, tidak selainnya berdasarkan riwayat al-Nasa-ie daripada Jabir RA yang berkata: “Rasulullah SAW telah menegah dari harga anjing melainkan anjing buruan.”

al-Nawawi juga menyatakan, Ibn al-Munzir menghikayatkan dari Jabir, ‘Atha dan al-Nakha-ie yang berpandangan harus menjual anjing buruan, tidak boleh selainnya. (Lihat Syarah Sahih Muslim)

Cetak
Wallahu a'lam