SDI 0457: Suami Talakkan Saya Ketika Nifas

Soalan:

Assalamualaikum ustaz,saya ada satu soalan nk bertanya .. saya baru diceraikan dengan suami saya . tetapi saya dalam keadaan masih bernifas .. adakah cerai saya tetap jatuh?

Jawapan:

Semoga Allah memudahkan urusan puan.

Saya mencadangkan kpd puan untuk merujuk permasalahan ini ke Mahkamah Syari'ah negeri. Ini kerana dlm persoalan talak ketika nifas ada perbezaan pendapat dlm kalangan ulama. Saya huraikan secara ringkas di bawah:

Ada nukilan dlm kitab2 Fiqh yg menyatakan hukum Nifas adalah sama dgn hukum Haid, melainkan dlm beberapa persoalan. Justeru, kelihatan keempat-empat mazhab memasukkan talak ketika Nifas sbg Talaq Bid'ie. Jika ia tergolong dlm talaq bid'ie. Maka hukumnya adlh spt berikut:

  1. Suami berdosa krn melafazkan talaq bid'ie. Namun talaq itu jatuh dan dikira satu. Inilah pandangan majoriti ulama termasuk keempat2 mazhab.
  2. Talaq itu tidak jatuh atau tidak dikira. Inilah pandangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, Imam Ibn alQayyim dan inilah yg ditarjih dan dipilih oleh beberapa ulama semasa termasuk Lajnah Daimah Arab Saudi.

Cetak  
Wallahu a'lam