SDI 0805: Susulan SDI 0801, Nak Tarik Semula Lafaz Ta'liq

 
Soalan:
Ustaz, sisuami yg dah lafaz takliq kpd isteri dgn kata: "klu sambung pinjaman amanah ikhtiar, aku cerai talak satu" nak tarik semula ta'liqnya. Boleh ker atau mcmana?
 
Jawapan:
Majoriti ulama berpandangan tak boleh tarik balik ta'liq talaq. Ini kerana sepertimana talaq setelah dilafazkan tidak boleh ditarik semula, maka demikianlah lafaz ta'liq talaq. Saya cenderung kepada pandangan ini. Jika tidak orang akan mengambil ringan dengan ta'liq talaq. Ini bermakna apabila siisteri menyambung pinjaman amanah ikhtiar tersebut, maka berlakulah salah satu dari keadaan di bawah ini:
 
1. Jatuh satu talaq, itupun jika suami sememangnya meniatkan talaq ketika melafazkan ta'liq. Suami boleh rujuk semula jika dia masih mahukan isterinya.
2. Tidak jatuh talak, jika suami meniatkan gertak sahaja ketika melafazkan ta'liq. Inilah pandangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH. Jika suami hendak benarkan isteri sambung pinjaman setelah berfikir semula. Maka laksanakan kaffarah sumpah. Setelah itu tiada lagi sebarang ta'liq.
3. Suami ragu-ragu. Ketika dia melafazkan ta'liq apakah dia niatkan cerai atau gertak. Dalam situasi ini cerai dikira suatu yang diragui. Justeru ia tidak boleh meleraikan ikatan nikah yang telah sedia ada dan diyakini ikatannya diantara sisuami dan siisteri tersebut. Oleh itu lafaz itu dikira sama seperti situasi kedua dan diselesaikan dengan membayar kaffarah sumpah.

Cetak  
Wallahu a'lam