SDI 0801: Bagaimana Nak Tebus Kaffarah Lafaz Ta'liq?

 
Soalan: 
Salam,Pak lang saya nak tanya boleh kah saya hantar wass app kepada isteri ( jika sambung pinjaman Amanah ikhtiar ,aku ceraikan dengan talak satu)
Salam ust. Harab ust dapat memberi pencerahan, dlm masalah, dlm ayat ini. Tk
 
Jawapan Bin Sahak:
Dia tanya boleh ker tak boleh? Jawabnya: tak payahlah. Bila hantaq risikonya:
 
1. Jika suami niatkan memang cerai, maka jika isteri langgar, jatuhlah talak satu.
2. Jika suami tak niatkan cerai sebaliknya hanya sekadar menggertak agar isteri tak buat. Jika isteri buat tak jatuh talak berdasarkan pandangan Syeikh Islam Ibn Taimiyyah. Namun Isteri tetap berdosa melanggar tegahan suami. Sekiranya suami meniatkan cerai, jika tetap nak bersama atau kekalkan isteri, suami kena bayar kaffarah sumpah.
 
Penyoal: Dia dah hantar, niat dia d para 2, sekarang dia nak tarik balik, adakah dia kena bayar kaffarah sumpah.
 
Bin Sahak:
Isteri dia ambil pinjaman amanah ikhtiyar?
 
Penyoal: Ya.
 
Bin Sahak: Pertama: kena bagitau pada isteri sama, perbuatan dia melanggar tegahan suami adalah satu dosa. Kedua: Sisuami kalau nak kekalkan isteri itu, dia kena bayar kaffarah sumpah.
 
Pilihan antara:
Memberi makan 10 orang miskin atau memberi pakaian kepada 10 orang miskin, atau memerdekakan hamba. Jika tiada puasa 3 hari berturut-turut. Sila rujuk SDI 800.

Cetak  
Wallahu a'lam