SDI 0776: Susulan SDI 0775

Penyoal: Syarat ni diletak lepas perkahwinan bukan sebelum . Si suami mmg hajat nak Kahwin dgn perempuan yg Kedua lepas Kahwin isteri pertama . Tapi oleh kerana isteri pertama tak boleh terima , kerap perbalahan , dan keluarga Kedua pihak nasihat elak kan Kahwin yg Kedua sb isteri pertama akan tuntut fasakh , juga kerana isteri pertama nmpak dari segi ekonomi suami tak mampu . Jadi hajat Kahwin Kedua tertangguh , tapi mungkin mereka masih ber komunikasi dan isteri pertama tahu ttg Hal ini . Apa penyelesaian terbaik?
 
Bin Sahak: Suami ada hak tak terima syarat tersebut. Atau dia dah terima? Keperluan kepada kahwin satu lagi hanya sisuami yang tahu. 
 
Penyoal: Yg keluarga isteri suruh suami sumpah dgn ALQuran yg dia tak akan komunikasi dah dgn perempuan tu mcm mana ? Leoas dah Kahwin isteri pertama.
 
Bin Sahak: Keluarga seperti ini bukan dari kalangan mereka yang baik untuk diminta pandangan dan nasihat. Bukan semua orang layak memberi nasihat kepada orang lain. Kalau sisuami memang berhajat, jika tidak dia akan terjebak ke dalam maksiat, maka tidak boleh halang dia. Isu nafkah kepada isteri pertama boleh diselesaikan dengan mencari persetujuan bersama. Mengambil kira kemampuan dan mestilah munasabah.
 
Penyoal: Masalah yg keluarga risau akan runtuh rumah tangga dgn isteri pertama . Mereka ada anak anak.
 
Bin Sahak: Runtuh rumah tangga tak tunggu suami kahwin satu lagi. Perceraian boleh berlaku sekalipun suami tak berkahwin satu lagi atau berpoligami. Anak terabai bukan SEMESTINYA kerana perceraian. Tetapi sikap pasangan. Berapa ramai anak yang terabai, sedang emak ayah mereka masih bersama sebagai suami isteri. Setiap perbalahan perlu dikembalikan kepada alquran dan alSunnah. alQquran membenarkan seorang suami berkahwin sehingga empat dengan syarat mesti berlaku adil. Dalam masa yang sama sisuami diancam jika tidak berlaku adil. Keluarga sepatutnya menasihati kedua-dua pihak. Supaya mereka menunaikan kewajipan masing-masing. WA.
 
Penyoal: Salah satu keluarga tu mungkin ber cakap melalui pengalaman nya sendiri . Bila suami Kahwin isteri Kedua 4 tahun tak balik pada isteri pertama dan nafkah diberi terhad . Anak belajar kdg di isteri yg tanggung mm Ustaz kata lah kalau tak ber Balik pada ALQuran dan Sunnah mmg masalah.
 
Bin Sahak: Dalam kes suami tak berlaku adil sepatutnya siisteri boleh buat laporan ke mahkamah. Dia ada hak untuk tuntut nafkah.
 
Penyoal: Hari ni dua dua keluarga akan berjumpa.
 
Bin Sahak: Mudah-mudahan mereka dibuka kepada jalan terbaik.
 
Penyoal: Aamiin . Doakan ya Ustaz.
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam