SDI 0012: Pasangan Couple Apabila Bersetuju Akan Berkahwin Dikira Bertunang?

Soalan:

Salam ust.. nk taw btul ka bila dua2 pihak setuju nk brkahwin automatik di kira brtunang?? x perlu melalui wali perempuan tu?? kira mcm org yg couple2 tnpa pengetahuan mak ayah tu boleh jadi bila depa kata setuju nak kawen..kiranya depa dh brtunang??

Jawapan:
Pasangan ber"couple" apabila kedua-duanya bersetuju nak berkahwin BELUM dikira sebagai bertunang. Pertunangan ialah perjanjian untuk berkahwin. Ia mesti memenuhi dua syarat utama iaitulah:

1) wanita itu bebas dari halangan-halangan dikahwini.
2) Bukan tunang orang.

Syarat-syarat ini tidak dapat dipenuhi melainkan dengan persetujuan atau pengetahuan wali. Kerana barangkali sahaja wali telah mengikat pertunangan dengan orang lain tanpa pengetahuan sigadis.

Selain itu 'Uruf setempat mengingkari anggapan terikatnya pertunangan dengan hanya persetujuan pasangan couple. Bahkan hal ini sudah pasti mengundangan masalah yang lebih besar.

Soalan: 

Ustaz, bukan semua mazhab wali dibenarkan nikahkan perempuan tanpa pengetahuan, kan?


Jawapan: Yer. Dalam persoalan pertunangan, Islam tidak menetapkan proses tertentu . Maka urusan ini kembli kpd 'uruf yang memandang seorg Lelaki hendaklah meminang seorang wanita melalui walinya. Bukan mereka berdua memandai-mandai membuat keputusan.


Cetak  
Wallahu a'lam