SDI 0630: Hukum Istirja' (Ucap Innalillah...) Atas Kematian Non Muslim

Soalan: 
 
salam ustaz kadir, boleh kita ucap innalillah.....jika org kafir yg meninggal?
satu lagi,si A dan si B berjiran,selang 3_4 rumah,bulan lepas suami si A meninggal, bulan ni suami si B meninggal, boleh ke si A pergi kerumah si B utk ucap takziah dan baca yasin?
 
Jawapan:
 
1) Asalnya ucapan إنا لله وإنا إليه راجعون diucap apabila ditimpa musibah, berdasarkan firman Allah:
 
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
 
Maksudnya: "(orang-orang beriman itu, antara ciri-cirinya) mereka yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata innalillahi wa inna ilaihi raji'un." Justeru, ucapan ini adalah ketika ditimpa sesuatu musibah. Namun jika diucapkan sempena kematian non muslim dengan maksud semua makhluk akan kembali kepada Allah dan milik allah, maka dibenarkan. 
 
2) Tidak boleh. Sebab wanita yang kematian suami disuruh kekal tetap di dalam rumah, melainkan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak boleh tidak mesti dilakukan. Ia bagi menjaga nama baiknya, selama empat bulan 10 hari, berdasarkan perintah yang ada dalam alQuran, Surah Al-Baqarah Ayat 234:
 
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا ۖ فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
 
maksudnya: "Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." {2:234}

Cetak  
Wallahu a'lam