SDI 0629: Hukum Anak Lelaki Dengan Ibu Tirinya.

Soalan: 
 
Salam Ust, maaf mggnggu nak tanya mak tiri adakah dikira mahram kepada anak suaminya? Walaupun keduanya yaitu suami dan istri belum bhbgn badan atau tidak. 
 
Jawapan: 
 
Hanya dengan akad nikah antara seorang lelaki dengan seorang wanita, maka wanita tersebut menjadi mahram mu'abbad (mahram selama-lamanya) kepada anak-anak lelaki suami dari wanita lain. Ikatan mahram ini termeterai antara mak tiri dengan anak-anak lelaki suaminya tanpa perlu berlaku Dukhul. Allah SWT berfirman:
 
وَلَا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُمْ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَمَقْتًا وَسَاءَ سَبِيلًا
 
Maksudnya: "Dan jangan kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikahwini oleh bapa2mu..." (alNisaa': 22)
 
al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini di dalam tafsirnya berkata: "Ini adalah perkara yang disepakati (oleh seluruh ulama)." Kata para ulama:
 
مطلق العقد له عجيبة، يحرم الربيب لا الربيبة
 
Maksudnya: "mutlaqnya akad memiliki keajaiban, (dengannya) menjadi mahram anak tiri lelaki (kepada seorang perempuan) tidak anak tiri perempuan (kepada seorang lelaki)." - kerana anak tiri perempuan menjadi mahram kepada suami ibunya apabila berlaku dukhul -

Cetak  
Wallahu a'lam