SDI 1273: Anak Derhaka Berburuk Sangka Dengan Ibu-Bapa

Fiqh Munakahat Jumlah paparan: 288

Soalan:



Salam ,ustaz semoga berada dlm lindungan Allah dan sihat walafiat hendaknya di samping keluarga dan teman-teman... (rujuk lampiran di bawah)

1. Boleh kah bapa angkat mengakui anak itu anaknya...? Anak lahir dlm tempoh perkahwinan cuma bukan dari benih nya ... dengan erti kata ... semasa bernikah dgn perempuan tersebut telah mengandung...

2. Bolehkah si lelaki mewalikan anak tersebut?

Saya rasa tak menjadi kesalahan ..bapa tu dah mengakui itu anaknya? Betulkan saya sekiranya saya silap...

Bukan bapa angkat...bapa yg mengawini ibunya sedang mengandung anak org lain Dan kemudian mengakuinya itu anaknya. Mohon ustaz beri penjelasan secara terperinci.

JAWAPAN:

1. Haram sianak berprasangka dengan kedua orang tuanya sehingga mendorong membuat ujian DNA. Jika berburuk sangka sesama manusia merupakan satu dosa. Maka sudah tentu dosa yang amat besar ke atas anak yang menaruh buruk sangka kepada kedua orang tuanya. Selain itu, ia juga menunjukkan hina, keji dan kotornya jiwa si anak tersebut.

2. Tidak dinafikan ketepatan ujian DNA. Namun kesilapan tetap boleh berlaku dari sudut kesilapan manusia.

3. Kerajaan sepatutnya rangka undang-undang untuk kenakan tindakan ke atas pihak yang melakukan ujian DNA tanpa perintah mahkamah. (rujuk: DNA Dan Ruang Manfaatnya)

4. Akad nikah yang ketika berlangsung dalam keadaan diyakini memenuhi rukun dan syarat, namun terserlah kesilapannya setelah akad dilakukan, pasangan pengantin tidak memikul apa-apa dosa dan anak yang dilahirkan adalah sabit nasabnya dengan bapanya tanpa ada perbezaan pendapat di kalangan ulama. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH:

فإن المسلمين متفقون على أن كل نكاح اعتقد الزوج أنه نكاح سائغ إذا وطيء فيه فإنه يلحقه فيه ولده ويتوارثان باتفاق المسلمين وإن كان ذلك النكاح باطلا في نفس الأمر باتفاق المسلمين ، سواء كان الناكح كافرا أو مسلما . واليهودى إذا تزوج بنت أخيه كان ولده منه يلحقه نسبه ويرثه باتفاق المسلمين وإن كان ذلك النكاح باطلا باتفاق المسلمين ، ومن استحله كان كافرا تجب استتابته. وكذلك المسلم الجاهل لو تزوج امرأة في عدتها كما يفعل جهال الإعراب ووطئها يعتقدها زوجة ، كان ولده منها يلحقه نسبه ويرثه باتفاق المسلمين ومثل هذا كثير؛ فإن ثبوت النسب لا يفتقر إلى صحة النكاح في نفس الأمر ، بل الولد للفراش ، كما قال النبي صلى الله عليه وسلم: (الولد للفراش وللعاهر الحجر) ... ومن نكح امرأة نكاحا فاسدا متفقا على فساده أو مختلفا في فساده ... فإن ولده منها يلحقه نسبه ويتوارثان باتفاق المسلمين

Maksudnya: “sesungguhnya umat Islam (ulama) telah bersepakat bahawa setiap pernikahan yang yakini sah oleh suami, apabila dia menyetubuhi isterinya, maka anak hasil hubungan itu dinasabkan kepadanya, mereka saling mewarisi dengan kesepakatan umat Islam (ulama), sekalipun (sebenarnya) jika nikah itu dengan sepakat ulama adalah batil, sama ada yang berkahwin itu seorang kafir mahupun muslim. Seorang Yahudi apabila mengahwini anak perempuan saudaranya (anak saudaranya), kemudian dikurniakan anak, dinasabkan anak tersebut kepadanya dan mewarisinya dengan sepakat ulama, sekalipun nikah itu (di dalam Islam) adalah batil dengan sepakat ulama. Sesiapa yang menghalalkannya orang itu adalah kafir, disuruh dia bertaubat. Demikian juga seorang muslim yang jahil, jika mengahwini seorang perempuan yang di dalam iddah, seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahil di kalangan orang-orang ‘Arab dan dia menyetubuhi isteriya itu dengan keyakinan perempuan itu isterinya, maka anak hasil hubungan itu dinasabkan kepadanya dan mewarisinya dengan sepakat ulama. Kes seumpaman ini banyak berlaku. Sesungguhnya kesabitan nasab tidak memerlukan kepada sahnya nikah, bahkan anak dinasabkan kepada suami ibunya sepertimana sabda Nabi SAW: “Anak itu dinasabkan kepada suami ibunya dan seorang penzina akan mendapat kerugian.”… Dan sesiapa yang menikahi seorang wanita dengan nikah fasid yang disepakati oleh para ulama akan kefasidan nikah tersebut atau di perselisihkan… maka anak yang dilahirkan wanita itu dinasabkan kepada si suami  dan mereka saling mewarisi dengan sepakat ulama.” (Majmu’ al-Fatawa 13/34)

5. Apakah memerlukan akad nikah yg baharu? Saya nasihatkan merujuk kes ke Mahkamah Syar'iyyah Negeri, atau Mufti Negeri.

Cetak
Wallahu a'lam