SDI 1250: Hukum Kahwin Dengan Anak Ibu Tiri Sedang Menyusu Ketika Ayah Saya Mengahwini Ibunya

Soalan:

Bapa saya berkahwin dengan seorang wanita (sekarang menjadi ibu tiri saya) ada anak perempuan pada ketika itu masih menyusu dgn emak tiri saya tu. Skrg si anak dah besar dan dah berkahwin dan ada seorg anak perempuan yg sekarang ni saya bercadang nak meminangnya. Boleh ker ust?

Jawapan:

Status ibu kepada gadis yang bakal anda pinang apakah dikira sebagai anak susuan kepad bapa anda ataupun tidak menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan ulama.

Berdasarkan pandangan Asah di sisi ulama Syafi'ie dan Hanafi, ibu kepada gadis yang bakal anda pinang itu tidak menjadi anak susuan kepada bapa anda, kerana Sahib alLaban adalah suami pertama ibunya selagi ibunya tidak melahirkan anak dengan bapa anda. 

Justeru, jika emak gadis yang bakal anda pinang menyusu dari ibu tiri anda (ibu dia) sebelum ibu tiri anda melahirkan anak hasil perkahwinan dengan ayah anda, anak ibu tiri anda itu bukan adik-beradik susuan anda, maka anda boleh mengahwini anaknya.


Cetak  
Wallahu a'lam