SDI 1251: Hukum Tolak Ajakan Suami Kerana Puasa Sunat Dan Seumpamanya

Soalan:
 
Assalaamu'alaikum Ustaz. Saya bekerja sebagai seorang kauselor di Singapura dan kadang2 klien saya mengajukan solan yang tidak dapat saya jawab. Boleh tak Ustaz memberikan pandangan? Soalannya begini: Seorang isteri yang menggunakan alasan ugama seperti "ada wudhuk", "berpuasa", "ada kelas agama" dan lain-lain untuk tidak menggauli suami. Suami pula merasakan serba-salah kalau melarang isteri kerana alasan-alasan itu. Apakah hukumnya untuk kedua suami dan isteri kalau keadaan seperti begini?
 
Jawapan: 
 
Berdosa seorang isteri menolak ajakan suami selagi penolakan itu tiada alasan syar'ie (alasan yang dibenarkan syara').  "Ada wudhu", "puasa sunat", "ada kelas agama yang bukan termasuk fardhu bagi sisteri mengetahuinya segera" dan alasan-alasan seumpamanya, tidak termasuk alasan yang dibenarkan syara' untuk menolak ajakan suami.

Cetak  
Wallahu a'lam