SDI 0758: Serah Ibu-Bapa Dijaga Oleh Anak-Anak

Fiqh Usrah Jumlah paparan: 603
 
Soalan: 
 
Salam ustaz.. Apa hukum apabila adik beradik (anak) meletakkan tanggungjwb menjaga ibu mereka kepada anak-anak mereka(cucu)?? Ibu mereka tidak berteman dan mereka memberi alasan tinggal jauh, bekerjaya dan ada keluarga.. Boleh ustaz berikan dalil dlm bab ni?? Adakah tanggungjwb menjaga itu boleh d pindah pada cucu dan adik beradik itu bersikap lps tgn??
 
Jawapan:
 
Kita disuruh berbakti kepada ibu-bapa. Pendetailannya tidak dijelaskan. Maka ia kembali kepada 'uruf. Perintah berbakti kepada ibu-bapa amat banyak dalam alQuran dan hadis-hadis sahih. Dalam alQuran sahaja antaranya:
 
Dalam surah Luqman 14-16, alBaqarah 83, alNisaa' 36, alIsraa' 23-24, alAnkabut 8, Dll. Soalan seperti yang ditanya, tak ada siapa iktiraf orang seperti itu telah berbakti kepada ibu-bapanya. Hal ini tidak memerlukan dalil.
Cetak
Wallahu a'lam