SDI 1133: Bolehkah Isteri Meminta Upah Kerana Menyusukan Anak?

Soalan:
Bolehkah seorg isteri meminta upah menyusu bayi sendiri bagaimana? mmg disebutkan jugakah? atau tiada?

Jawapan:

Ulama berbeza pandangan bolehkah seorg ibu meminta upah dr suami kerana menyusukan anak. Perbezaan ini berlaku disebabkan ia termasuk dlm perkara ijtihadi bagi membolehkan manusia berfikir dan berusaha memahami panduan2 dr alQuran dan alSunnah dlm usaha menyusun peraturan terbaik utk menguruskan kehidupan dunia mereka. Secara ringkas pandangan tersebut:

Ulama mazhab Syafi'ie dan Hambali berpandangan siibu berhak menuntut upah mithil berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: "dan jika para isteri itu menyusukan (anak) utk kamu, maka berilah kpd mereka upah mereka." (alTolaq: 6)

Ulama mazhab Hanafi berpandangan jika siisteri bersuami atau berada di dlm iddah dgn suami, maka siisteri tidak berhak menuntut apa2 upah dr menyusukan anak. Ini kerana Allah SWT telah mewajibkan ke atas seorg bapa memberi nafkah makanan dan pakaian kepada isteri yg menyusukan anak di dlm firmanNya:

Maksudnya: "dan ke atas bapa hendaklah mengeluarkan nafkah makanan dan pakaian secara ma'ruf." (alBaqarah: 233)

Jika diwajibkan kpd bapa utk membayar upah kpd isteri yg menyusukan anak sudah tentu membebankan suami dgn dua nafkah, maka ia tidak adil bagi pihak suami. Melainkan jika wanita tersebut telah diceraikan oleh suaminya dan telah tamat tempoh iddahnya. Ini kerana mewajibkan wanita yg telah diceraikan dan habis iddah mentusukan sianak sedangkan dia tidak lagi ditanggung nafkahnya oleh bapa anak adalah satu kezaliman ke atasnya. Namu jika wanita tersebut menuntut upah lebih dr upah mithil, manakala sibapa boleh mendapatkan ibu susuan lain yg sanggup menyusukan sianak secara percuma atau dgn upah mithil, maka sibapa berhak mengambil anak tersebut utk disusukan oleh ibu susuan tersebut berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: "dan jika kamu berdepan dgn kesukaran, maka wanita lain boleh menyusukan anak utknya" (alTalaq: 65)

Ulama mazhab Hanafi berpandangan ayat alQuran yg dijadikan dalil oleh ulama mazhab Syafi'ie dan Hambali adalah memaksudkan wanita yg telah diceraikan.

Inilah pandangan yg dipilih oleh Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah (lihat alIkhtiyaraat: 412-413). Pandangan ini juga menjadi tarjihan Ibn 'Uthaimin di dlm alSyarh alMumti' 13/515-516)

Ulama mazhab Maliki pula membezakan antara wanita biasa dgn wanita dr golongan atasan.


Cetak  
Wallahu a'lam