SDI 1177: Nenek Isteri Mahram Kpd Suami?

Soalan:
Asslmlkm ustaz... Maaf kerana menganggu. Saya ada sedikit persoalan iaitu berhubung mengambil wudzuq kpd ibu saya yg usianya sudah 85 tahun dan terlantar diatas katil kerana berlaku slipped disc di tulang belakangnya. Ketika dia nk solat saya anaknya membantu mengambil wudzuk atas katil, kadang2 isteri saya... Ada ketikanya saya minta tolong kpd menantu saya yg lelaki membantu mengambil untuknya. Soalan saya bolehkah menantu saya yg kelaki itu mengambil wudzuk untuk dia?... Kita tau ibu saya tua dan uzur ... Mohon mendapat jawapan dari ustaz. Terima kasih...

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah.

Suami kepada cucu perempuan adalah mahram selama-selamanya buat nenek isterinya. Dgn syarat nenek itulah yg melahirkan ibu kpd isterinya itu.

Allah SWT berfirman:

وأمهات نسائكم

Maksudnya: "...(wanita mahram itu antaranya) dan para ibu kepada isteri-isteri kamu..." (alNisaa': 23)

Ibu yg dimaksudkan di dlm ayat alQuran yg mulia ini merangkumi ibu, nenek dan ke atas, sama ada sebelah ibu isteri atau sebelah bapa isteri.


Cetak  
Wallahu a'lam