Antara Perkara Yang Disunatkan Berwudhu

Berwudhu bagi yang mahu mengulangi persetubuhan berdasarkan daripada Abu Sa'id al-Khudri RA: 

إذا أتَى أحَدُكُمْ أهْلَهُ، ثُمَّ أرادَ أنْ يَعُودَ، فَلْيَتَوَضَّأْ

Maksudnya: "Jika seseorang daripada kamu mendatangi isterinya, setelah itu dia mahu mengulanginya hubungan tersebut, maka hendaklah dia berwudhu." (Hadis riwayat Imam Muslim) 

Perkara ini saya ingat semua orang tahu dah. 

Yang keenam: memelihara dan memberi perhatian terhadap siwak atau berus gigi. Sebuah hadis dariapda Ibn 'Umar RA katanya: 

كان لا ينام إلا والسواك عنده، فإذا استيقظ بدأ بالسواك

Maksudnya: "Dahulunya Rasulullah SAW, tidak tidur melainkan siwak berada di sisi baginda." maknanya baginda kerap melakukan siwak dengan menggunakan kayu arak. Itulah alat bersiwak yang ada di zaman baginda. "Apabila baginda bangun dari tidur, baginda akan mulakan dengan bersiwak juga." 

Bahkan kalau kita baca dalam hadis, kita akan tengak Nabi SAW kerap bersiwak. Termasuk perkara pertama yang Nabi SAW lakukan apabila masuk ke dalam rumah ialah bersiwak. Kerana Nabi SAW tidak mahu berada di dalam rumah bersama anak dan isteri, sedangkan baginda berbau busuk. Bahkan malaikat juga tidak suka dengan bau busuk. Sabda Nabi SAW: 

إنَّ الملائكةَ تتأذَّى مما يتأذَّى منه بنو آدمَ

Maksudnya:  "Sesungguhnya para malaikat itu terganggu dengan apa yang anak adam tertanggu dengannya." 

Demikialah malaikat, tertanggu dengan apa yang manusia tertanggu dengannya. Kerana itu kita disuruh mewangikan badan ketika hendak menunaikan solat. Jika kita solat dalam keadaan berbau busuk, bukan setakat jemaah terganggu bahkan malaikat juga tertanggu dan tak mahu menghampiri kita. 

Bila malaikat tidak mahu mendekati kita, maka syaitan dan mendekati kita, apatah lagi syaitan sukakan bau busuk. Kerana itu syaitan memiliki tempat yang busuk seperti tandas. Oleh itu jagalah kebersihan rumah kita. 

Kemudian, yang ketujuh, iaitulah sunat bersiwak apabila masuk ke dalam rumah. Perkara ini saya telah sebutkan di awal tadi. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Miqdam bin Suraih daripda bapanya yang berkata: سألت عائشة "aku pernah bertanya kepada 'Aisyah RA" قلت بأي شيء كان يبدأ النبي صلى الله عليه وسلم إذا دخل بيته؟ "perkara apa yang Nabi SAW buat apabila baginda masuk ke dalam rumah?" kata bapa Miqdam kepada 'Aisyah. Jawab 'Aisyah RA: بالسواك iaitulah "baginda akan mulakan dengan bersiwak." 


Cetak  
Wallahu a'lam