SDI 1225: Makna Nama Rumaysha'

Glosari Jumlah paparan: 2741

Soalan:

Assalamulaikum ustaz.
Isteri sy baru lahirkan anak.

Ingin namakan rumaysa.
Boleh sy tahu maksudnya, tulisan dlm melayu yg lebih tepat, dan tulisan dlm arab.

Jazakallah khairan ustaz.

Jawapan:

Wa'alaikumussalam warahmatullah.

Ada seorang sahabiah Nabi SAW, ibu kepada Anas bin Malik RA, khadam Nabi SAW, bernama al-Rumaisha' binti Milhan RA, seorang wanita yang cantik dan bijak. Ejaan 'Arabnya seperti berikut:

الرُمَيْصَاء بنت ملحان

Ia disebut dengan sebutan tashgir (sebutan menunjukkan kecil). Asal dari kalimah al-Ramashu الرَمَص yang boleh merujuk kepada sesuatu yang berhimpun di kelopak mata seperti kotoran pada mata (tahi mata atau seumpamanya). Kebiasaannya ia berlaku disebabkan tidur.

Perkataan ini biasanya disebut oleh orang Arab bagi menuniukkan kemanjaan dan kecurahan nikmat. Kerana itu nama ini diberikan kepada wanita yang dimanjakan dan hidup dalam kenikmatan. Ia disebut secara tashghir bagi menunjukkan individu yang dicintai dan disayangi.

Cetak