al-Wakalah

Glosari Jumlah paparan: 493

الوكالة dengan disebut al-Wakalah atau al-Wikalah membawa maksud الحفظ iaitu pemeliharaan. Dari kalimah ini disebut salah satu nama ALlah iaitulah al-Wakil الوكيل dengan maksud الحافظ bermaksud Yang Maha Pemelihara. Darinya juga perkataan التوكّل al-Tawakkul. Orang 'Arab, apabila mereka berkata: على الله توكلنا bermaksud: "Ke atas ALlah kami bertawakkal" iaitulah فوّضنا أمورنا iaitulah kami menyerahkan segala urusan kami (kepada-Nya)."

Manakala التوكيل al-Taukil adalah "menyerahkan pengurusan kepada pihak lain" (تفويض التصرف إلى الغير). DInamakan seseorang sebagai wakil (الوكيل) kerana orang yang memberi wakil الموكِّل telah menyerahkan kepadanya (wakil) perlaksanaan urusannya. Maka dia adalah orang yang diwakilkan ke atasnya urusan (الموكول إليه الأمر

Cetak