Bid'ah di Sisi al-Syatibi

Glosari Jumlah paparan: 508

al-Bid’ah البدعة seperti yang diberikan pengertiannya oleh seorang imam, seorang peneliti, seorang yang mahir Fiqh dan Usul, Abu Ishak al-Syatibi[1]:

طَرِيْقَةٌ فِيْ الدِّيْنِ مُخْتَرَعَةٌ، تٌضَاهِيْ الشَّرِيْعَةَ يُقْصَدُ بِالسُّلُوْكِ عَلَيْهَا الْمُبَالَغَةُ فِيْ التَّعَبُّدِ لِلَّهِ سُبْحَانَهُ

Maksudnya: “Satu jalan dalam agama yang dicipta (direka), menyerupai syariat, dimaksudkan menempuh jalan itu adalah untuk berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah yang maha suci.”[2]

 

[1] Beliau ialah Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Lakhmi al-Gharnati, masyhur dengan nama al-Syatibi. Seorang yang mahir Usul dan seorang Hafidz. Berasal dari Gharnatah, salah seorang pemimpin dalam mazhab Malik. Meninggal pada tahun 790 H bersamaan 1388 M. Lihat al-A’lam oleh al-Zirkili 10/75.

[2] Al-‘I’tisom oleh al-Syatibi. Jilid 1, hal: 37, Cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut.

Cetak