Makna al-Ghairah الغَيْرة

Glosari Jumlah paparan: 474

al-Ghairah الغَيْرة pada bahasa dengan dibaris fathah (huruf Ghain غ) adalah kata terbitan dari perkataan: "Ghara غار lelaki itu atas isterinya dan wanita itu atas suaminya." Kamu Ghara Ghairatan غار، غيرة, Ghairan غيرا, Gharan غارا dan Ghiyaran غيارا. Yang dimaksudkan dengan al-Ghairah itu ialah al-Hamiyyah الحمية dan al-Anafah الأنفة, yang boleh merujuk kepada kecemburuaan kerana harga diri. (Lihat al-Nihayah fi Gharib alHadith wa alAthar oleh Ibn alAthir 3/401, Mukhtar alSihah oleh alRazi 232 dan Lisan al'Arab oleh Ibn Manzhur 5/34)

al-Ghairah pada istilah pula ialah bencinya seseorang lelaki akan perkongsian orang lain terhadap sesuatu yang menjadi haknya. (al-Kulliyyat oleh Abu alBaqa' 671) Kata al-Jurjani: "alGhairah adalah benci dan tidak suka seseorang lain bersama pada sesuatu yang menjadi haknya." (alTa'rifat 163)

Cetak