Makna al-Istithan الاستيطان

Glosari Jumlah paparan: 743

al-Istithan الاستيطان dari sudut bahasa bermaksud: Watan وطن seseorang dan tempat (tinggal)nya. (Lihat Lisan al-'Arab 13/451)

al-Mawtin الموطن pula ialah setiap tempat (مقام), yang diduduki seseorang insan untuk sesuatu tujuan. Orang 'Arab apabila berkata: اِسْتَوْطَنَه bermaksud: "Apabila seseorang itu menjadikan tempat itu sebagai watannya iaitulah sebagai tempat untuk didiami."  

Dari sudut Istilah pula, para ulama berbeza pandangan: 

1. Bermaksud اللإقامة بنية التأبيد iaitulah "menetap (di sesuatu tempat) dengan niat selama-lamanya." (Mawahib al-Jalil 2/163 dan al-Khulasan al-Fiqhiyyah 'ala Mazhab al-Sadah al-Malikiyyah, halaman: 126) 

* Namun maksud ini memiliki kekurangan, kerana tidak memiliki penetapan tempat menetap.

2. Bermaksud الإقامة بعدم نية الانتقال iaitulah "menetap tanpa ada niat untuk berpindah." (Lihat Mawahib al-Jalil 2/163)

* Juga memiliki kekurangan kerana tidak memiliki penetapan tempat menetap. Demikian juga "tanpa niat berpindah" memiliki maksud yang luas tidak semestinya membawa maksud selama-lamanya.

3. Bermaksud العزم على الإقامة في البلد على التأبيد iaitulah "keazaman untuk menetap di sesuatu bandar buat selama-lamanya." (Hasyiah al-Dusuqi, 1/373) 

4. Bermaksud الإقامة في قرية على الأوصاف المذكور لا يظعنون عنها صيفا ولاشتاء iaitulah "menetap di sesuatu qaryah menurut sifat-sifat yang dinyatakan dan tidak akan berpindah keluar dari qaryah tersebut sama ada ketika musim panas mahupun musim sejuk." (Lihat al-Mughniy 2/89) 

5. Bermaksud نية الإقامة على التأبيد مع الأمن على النفس والمال iaitulah "Niat menetap selama-lamanya dengan disertanya rasa selamat terhadap jiwa dan harta." (Lihat al-Fawakih al-Diwani 1/26)

* Takrifan kelima adalah lebih memenuhi maksud yang dikehendaki jika ia ditambah sebagai نية الإقامة في بلد على التأبيد مع الأمن على النفس والمال iaitulah "Niat menetap di sesuatu tempat (bandar/qaryah) selama-lamanya dengan disertanya rasa selamat terhadap jiwa dan harta."

 

Cetak