al-Ashab الأصحاب

al-Ashab الأصحاب

Istilah al-Ashab الأصحاب di dalam kitab-kitab ulama mazhab Syafi'ie memaksudkan kepada fuqaha’ mazhab Syafi’ie yang telah sampai ke tahap penguasaan ilmu yang tinggi sehingga memiliki ijtihad-ijtihad fiqhiyyah tersendiri yang mereka takrijkan berdasarkan usul-usul al-Imam al-Syafi’ie dan mereka istinbathkannya dengan mempraktikkan kaedah-kaedah beliau. Dengan pencapaian ilmu yang tinggi ini, mereka dinisbahkan kepada al-Imam al-Syafi’ie dan kepada mazhab beliau. Mereka dinamakan sebagai Ashab al-Wujuh أصحاب الوجوه.

Melainkan al-Imam Fakhr al-Din al-Razi (W606H) apabila menyebut istilah al-Ashab, kadang-kala beliau memaksudkan kepada para ulama mazhab al-Syafi’ie dan kadang-kala beliau memaksudkan kepada ulama al-Asya’irah, kerana beliau merupakan seorang yang bermazhab Syafi’ie di dalam fiqh dan seorang bermazhab Asy’ari dalam akidah.   


Cetak